in

Liyana Jasmay Pindah Ke Sabah Bakal Terbang Ke New York

[dropcap]T[/dropcap]inggal kurang sebulan saja lagi aktres Liyana Jasmay, 25, akan menamatkan zaman anak daranya dan berkahwin dengna jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 29.

Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

liyana jasmay

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.

Bercakap kepada Kosmo! Liyana memberitahu selepas berkahwin kelak, dia akan berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah, mengikut bakal suaminya yang bekerja di sana. Meninggalkan keluarga sudah tentu suatu perkara yang berat tetapi tidak baginya.

Mengenai persiapan majlis bersejarahnya itu nanti, semuanya kini berjalan lancar. Liyana berkata majlis majlis perkahwinan nanti adalah majlis yang ringkas tetapi lebih dekat dengan jiwa semua yang hadir.

Liyana bakal mengenakan gaun pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

Beberapa hari selepas berkahwin, dia dijadualkan akan terbang ke New York (NYC) untuk menjalani penggambaran telefilem khas untuk siaran Astro.

“Saya akan berada di sana selama 15 hari dan akan bawa Fathuddin sekali. Jadi, sambil bekerja kami pergi berbulan madu ekspres (ketawa),” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Ruby

Download Aplikasi Maybank Malaysia Open 2013 Di Telefon Bimbit Anda