Teh Hijau untuk Gigi Tanpa Berlubang
Perisa baharu cecair kumur Listerine membawa kebaikan
teh hijau untuk kesihatan oral
Jenama cecair kumur terlaris Malaysia, Listerine® memperkenalkan perisa lembut dan segar yang menggabungkan kuasa membersih yang mendalam rumusan Listerine® dengan kebaikan semula jadi teh hijau. Listerine® Natural Green Tea serba baharu ini dirumuskan untuk membantu menguatkan enamel gigi yang lemah di samping membentuk salutan perlindungan untuk menjadikan gigi tahan kerosakan.
Kandungan utama dalam produk terbaru ini adalah minyak-minyak penting yang terbukti dengan kesan antimikrob bersama fluorida yang berganda untuk melindungi gigi daripada berlubang.
Fluorida terkenal dalam mencegah kerosakan gigi akan tetapi dalam kajian baru-baru ini, fluorida boleh memberikan lebih banyak kebaikan. Fluorida boleh memberikan lebih banyak kebaikan. Fluorida sebenarnya boleh berkesan dalam mengurangkan kekurangan mineral atau hakisan gigi ( akibat terdedah kepada asid, seperti pengambilan minuman atau makanan bergula) dan membunuh bakteria plak biofilem yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi kita.
Selain daripada kebaikan fluorida, cecair kumur Listerine® juga mempunyai kebaikan teh hijau untuk kesihatan mulut.
Sejak berkurun lagi, teh hijau dihargai di seluruh dunia kerana kebaikan perubatannya. Selain itu, teh hijau juga mengejutkan para penyelidik kerana potensi anti-lubang dan anti-kariogenik. Malah, kajian menunjukkan bahawa sesetengah masyarakat yang kerap minum teh merekodkan penurunan kes kerosakan gigi.
Rahsia kepada keajaiban teh hijau ini terletak pada bahan antioksidan yang bergelar katekin, yang berkesan dalam merencatkan aktiviti bakteria, terutamanya bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Bakteria ini merupakan penyebab yang menghasilkan asid yang menghancurkan tisu gigi dan akibatnya dikenali sebagai karies.
Selain itu, tanin dalam teh hijau juga berkesan dalam mencegah pembentukan plak. Akhir sekali, fluorida yang ada di dalam cecair kumur Listerine Natural Green Tea ini berguna untuk membentuk lapisan perlindungan pada gigi bagi mencegah gigi berlubang.
Anda mungkin bertanya, mengapakah pentingnya berkumur dengan cecair kumur? Sebenarnya, memberus gigi sahaja tidak memadai. Kajian terbaru menunjukan 90% rakyat Malaysia masih menghadapi kerosakan gigi walau pun mereka memberus gigi dengan baik dalam rutin harian mereka. Ini adalah kerana terdapat tempat-tempat yang tidak boleh dicapai untuk dibersihkan hanya dengan memberus gigi.
Bukan itu sahaja, tetapi pengambilan gula yang kerap juga memanjangkan tempoh gigi terdedah kepada asid yang dapat merosakkan tisu gigi kita. Diet yang kaya dengan karbohidrat juga boleh mengubah komposisi bakteria pada plak gigi yang menyebabkannya lebih terdedah kepada gigi berlubang.
Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak perlu menghindari makanan kegemaran semata-mata untuk kesihatan oral. Kesederhanaan adalah penting dan begitu juga dengan karbohidrat dan makanan manis yang anda ambil setiap hari. Selain itu, tabiat mudah seperti menggunakan cecair kumur selepas memberus gigi membolehkan anda memiliki gusi dan gigi yang sihat tanpa perubahan dramatik pada diet anda.
Apakah cara yang lebih baik untuk nafas segar, gigi tanpa lubang dan senyuman menarik dengan kesegaran teh hijau semula jadi? Listerine® membasmi 99.9% bakteria oral yang menyebabkan nafas berbau, plak dan gingivitis dengan Listerine® yang serba baru dengan teh hijau, ucaplah selamat tinggal kepada mereka.
Listerine Natural Green Tea baharu terdapat dalam pek saiz 250ml dan 750ml. Dapatkannya hari ini di semua kedai utama di seluruh negara untuk kesihatan oral anda!