Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, sekiranya rumah tangga mereka mempunyai masalah, dia terlebih dahulu akan mencari apa punca kesalahan yang dilakukan terlebih dahulu agar ia dapat diselesaikan.
“Setiap perkahwinan memang ada ujian dan masing-masing perlu memainkan peranan untuk mencari jalan penyelesaian. Alhamdulillah, rumah tangga saya dengan suami baik-baik sahaja.
“Macam apa yang saya selalu buat, dalam setiap dugaan melibatkan perhubungan, saya akan cari salah saya dahulu dan kemudian barulah kita boleh berbincang dan selesaikan masalah dengan komunikasi yang baik,”
– Lisdawati
Lisdawati ditemui pada majlis sidang media perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) serta pelancaran program Nurkids & Turath yang berlangsung di Skyforest, Acapella Suite Hotel, Shah Alam, baru-baru ini.
Menurut pelakon KL Menjerit itu lagi, dalam setiap masalah yang dihadapi dia lebih senang mengadu kepada Allah SWT agar hatinya menjadi tenang dan tenteram.
“Macam saya kalau tidak dapat mengadu dengan seseorang yang lebih dekat, saya akan mengadu dengan Allah.
“Kadang-kadang bila kita mengadu pada Allah, saya akan menangis dan perasaan itu datang secara tiba-tiba,”
Lisdawati
Lisdawati berkahwin dengan Fauzi pada 9 September 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.
Fauzi turut memiliki empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Hainil Fatihah, Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi. –
Sumber: KopiPlanet.com