in

Lisa Surihani Jadi Duta Kempen Rethink Your Mouth ORAL-B

Budiey nak ucapkan tahniah kepada selebriti terkenal Lisa Surihani yang telah dilantik menjadi duta untuk kempen terbaru Rethink Your Mouth yang dianjurkan oleh pengeluar produk penjagaan gigi terkenal, ORAL-B. Majlis pengumuman sebagai duta jenama Oral-B telah dilangsungkan di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini. Satu pilihan yang tepat memandangkan Facebook Lisa Surihani mempunyai 2,914,169 Likes setakat 5 April 2014. Pastinya Facebook Lisa Surihani bakal mencecah jumlah 3 juta Likes tak lama lagi.

[pullquote]Sehubungan dengan kempen “Rethink Your Mouth” Oral-B telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani selaku duta Oral-B di laman Facebook anda. ‘Like’ dan kongsi aplikasi Facebook Oral-B ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas![/pullquote]

Untuk info pembaca, Oral-B melancarkan “Rethink Your Mouth” iaitu satu kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan mulut. Pakar penjagaan mulut Oral-B telah melancarkan kempen “Rethink Your Mouth” bagi meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan mulut sempurna dengan memberus gigi, memflos dan membilas dengan betul agar dapat meningkatkan kualiti hidup serta senyuman yang menarik dan meyakinkan. Memiliki keyakinan terhadap kebersihan mulut adalah penting agar dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik untuk kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Serentak itu, pihak Oral-B telah melancarkan satu kempen kesedaran iaitu “Rethink Your Mouth” dan telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani selaku duta Oral-B di laman Facebook anda. Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Oral-B di https://www.facebook.com/OralBMalaysia.

Anda juga boleh mencari lebih maklumat di laman sosial Facebook, Twitter mahupun Instagram dengan menggunakan hashtag ‪#‎RethinkYourMouth‬

Manisnya pelakon Lisa Surihani sejak bergelar duta produk penjagaan gigi. Tampil bergaya serba biru semasa pelancaran duta produk di ibu kota baru-baru ini. Kecantikan gigi putih berseri dengan busana longgar, pasti membuat sesiapa sahaja terpesona melihat gaya sederhana Lisa ni. Pilihan warna biru terang dengan aura selebriti yang dimiliki memang sedap mata memandang. Walaupun agak sederhana dan ringkas, namun Lisa masih dapat menarik perhatian dan menjadikan fesyen Lisa ini nampak sangat menawan. Pendek kata, fesyen ini tiada cacat celanya.

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Pengarah Jualan P&G Malaysia, Cik Jenny Chew dengan sokongan Guardian-GCH Retail Malaysia.

Aktres popular dan duta Oral-B Lisa Surihani, serta pakar bedah pergigian yang juga angkasawan negara Dr. Faiz Khaleed turut hadir pada majlis tersebut untuk membincangkan penjagaan rapi mulut dan bagaimana memberus, memflos dan membilas setiap hari adalah cara terbaik menghilangkan plak.

Sehubungan dengan kempen “Rethink Your Mouth” Oral-B telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani di laman Facebook anda. ‘Like’ dan kongsi aplikasi Facebook ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas!

Pada pelancaran tersebut, Cik Jenny Chew berkata:

“Ekoran tahap penjagaan mulut yang rendah dikalangan masyarakat Malaysia secara umumnya, yakni kurangnya amalan penjagaan mulut yang sempurna, separuh daripada populasi negara mengalami masalah kesihatan mulut dan ini mempengaruhi mereka secara emosi apabila hampir 80% daripada mereka mengaku kurang yakin untuk melibatkan diri dengan orang lain ekoran kesihatan mulut mereka”.

“Oral-B adalah jenama No. 1 yang disyorkan doktor gigi seluruh dunia dan mempunyai portfolio produk penjagaan gigi yang sempurna*. Dengan DNA yang kukuh, Oral-B di Malaysia berada dalam posisi untuk memberi pengetahuan sempurna penjagaan mulut untuk mendapatkan senyuman yang meyakinkan.”

Dalam perbincangannya, Dr. Faiz Khaleed menegaskan bahawa mulut kita memerlukan penjagaan terbaik dan penjagaan mulut yang sempurna tidak harus diabaikan.

Kata beliau:

“Adalah penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan memberus, memflos dan membilas kerana plak adalah punca utama masalah mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi. Menggunakan berus gigi yang betul serta kaedah yang betul, memflos dan membilas adalah cara termudah untuk memastikan plak dapat ditanggalkan setiap hari’.

Langkah pertama untuk mendapatkan kesihatan mulut sempurna ialah mengatasi masalah menanggalkan plak. Tidak seperti berus gigi lain, berus Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai**.

Mulakan langkah dengan berus gigi Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai**. Berharga RM14.70.

Oral-B Glide Pro-Health Floss memiliki teknologi unik untuk pembersihan sempurna. Ia memberi perasaan yang dingin dan bersih setiap kali anda memflos. Ia juga kuat dan tahan carikan dengan lapisan lilin semulajadi untuk cengkaman yang baik.

Oral-B Pro-Health Tooh & Gum care Mouth Rinse mempunyai tindakan 2-dalam-1 untuk melawan kaviti dan menyegarkan bau mulut. Ia adalah bebas alkohol dan sesuai untuk semua golongan terutamanya yang memiliki gigi dan gusi yang sensitif. Oral-B Pro-Health Rinse mengandungi flourida untuk melawan kaviti dengan lebih efektif berbanding dengan hanya memberus. Ia juga mengandungi Cetyl-pyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan pembentukan plak. Dijual dengan harga RM19.90.

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Cover Girl Majalah EH! Keluaran April 2014

MTV Bakal Siar Tomorrowland 2014