Walaupun cukup meminati bidang lakonan, tapi Lisa rasa dia mahu mencari platform yang kukuh dalam menjamin kehidupannya pada masa depan.
Mengulas mengenai filem lakonannya terbaru, I’m Not Single, dia mengakui ianya cukup selesa berkerjasama dengan nama-nama besar dalam industri seperti Farid Kamil, Pierre Andre, Awal Ashaari dan Intan Ladyana.
“Mereka sudi memberi tunjuk ajar kepada Lisa dalam memantapkan lagi lakonan”
Lisa mengaku banyak lagi perlu dipelajarinya dalam mengukuhkan namanya di arena lakonan. Di dalam I’m Not Single, Lisa memegang watak utama setelah pernah muncul buat pertama kali di dalam filem “Goodbye Boys’ arahan Bernard Chaully.
Bagaimana respon ibu bapa Lisa?
“Saya bersyukur kerana kedua-duanya cukup memahami saya, bahkan, mereka memberikan sokongan. Cuma nasihat mereka, supaya pandai membahagikan masa serta fokus dengan apa yang dibuat.”
Adakah pemain dalam industri hiburan lebih memilih rupa dari bakat?
“Bagi Lisa, mereka sekarang sudah pandai membuat penilaian. Kedua-duanya penting. Ianya saling melengkapi. Bakat atau rupa adalah perkara perlu dalam bidang ini. Namun, bagi saya, bakat mungkin patut diberikan lebih perhatian lagi.”
Lisa memulakan kerjaya dalam bidang seni apabila terlibat dalam komersil, “Ovaltine” pada usia 11 tahun, dan mula mengorak langkah melibatkan diri dalam bidang teater ketika berusia 16 tahun.
Watak idaman Lisa apa ya?
“Saya ingin memegang watak seperti heroin di dalam filem The Matrix. Walaupun cukup lasak dengan pelbagai aksi namun, sifat-sifat feminin masih terserlah.”
Filem I’m Not Single lakonan Lisa Surihani akan ditayangkan di pawagam mulai 24 Julai ini. Moh le kita ke panggung ya, tengok Lisa yang comel nih.