in , ,

Lirik Sandaran Hati – Letto dari Album Truth Cry And Lie

Lirik Sandaran Hati – Letto dari album Truth Cry And Lie menceritakan satu pengharapan dalam hati seorang insan yang bercinta.

Istilah cinta sukar difahami kerana ianya bersifat subjektif dan kadang-kadang sungguh abstrak. Ada cinta membawa bahagia dan ada cinta juga membawa derita. Sedang dia berada dalam hampa, ditinggalkan sepi dan emosinya terus berkecamuk, dia tetap yakin bahawa masih ada rindu dan bahagia menanti.

Dia katanya terseksa kerana dianiayai oleh cinta yang punah dan merasakan kesedihan dan kedukaan yang melanda dirinya itu hanyalah sementara. Pastinya, sinar bahagia akan menunggu bersama sandaran hati yang terus memberi semangat dan keyakinan.

Oh ya, sedarkah anda bahawa dalam lirik ini ada unsur ketuhanan terutamanya bait lirik ini: Inikah yang Kau mau, Benarkah ini jalanmu, Hanyalah engkau yang ku tuju. Dia di sini mungkin bersandar pada Tuhan yang mengerti segala perasaan dalam hati. Bersandar, bergantung harap, pasrah dan berserah.

letto band

Sebuah melodi yang ringan, irama yang santai seperti ingin membawa anda turut sama melayan perasaan…. cinta.

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
tak bisa bersembunyi
aku dan nafasku
merindukanmu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjimu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati

Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanmu
Hanyalah engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TOM CRUISE

Hollywood: Tom Cruise, Katie Holmes, Will Smith Rai David Beckham di Los Angeles

Sinopsis Drama Susuk Musim Kedua di TV3 Lebih Menyeramkan