in , , , ,

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza disebut-sebut di laman sosial sehingga namanya trending. Selain itu, tanda pagar #SitiNurhaliza2020 turut trending di Twitter. Wow, beliau apa-apa lagi dah trending. Belum lagunya dah keluar, nama dah trending.

Menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik video berdurasi 15 saat memaparkan sedutan lagu barunya yang berjudul Tujuh Nasihat. Sekaligus video ini menjadi petanda awal, beliau akan muncul dengan single terbaharu. Seterusnya menjadi buah mulut peminat yang tak sabar untuk mendengarnya. 

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Seperti yang kita dapat lihat dalam video teaser itu, apa yang menariknya ‘kelibat’ duo hip hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta turut kelihatan di akhir video berkenaan. Perkara itu sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat Siti. Tokti bakal berkolaborasi untuk lagu rap.

Pada hari ini tepat jam 20 Febuari 2020, single terbaharu yang dinantikan telah pun disiarkan di semua platform.

Di bawah ini, Budiey sediakan lirik untuk lagu Tujuh Nasihat:

(Pre Chor) (Dato’ Siti Nurhaliza)

Anak pipit jangan tak dihirau,

gusar esok ke sarang si rimau,

anak didik harusnya dirisau,

gusar esok engkau yang dipisau.

(Chorus) ( Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta )

dulu tunggu diturut balik,

( dulu tunggu turut balik )

dulu diam sekarang celik,

( dulu diam sekarang celik )

dulu tahu waktu balik,

( dulu tahu waktu balik )

dulu diam sekarang cerdik.

( dulu diam sekarang cerdik ).

Verse 1 ( Dato’ Siti Nurhaliza )

nak dilenturnya buluh biar dari rebungnya,

kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya,

nak dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya,

susun atur mereka sebelum kenal dunia,

habis main di tanah,

sebelum senja ke rumah,

takut nanti tersalah,

bawa pulang masalah,

tak endah yang sekarang,

cakap jangan sebarang,

elok awal dilarang,

untuk kau jadi orang.

Verse 2 ( Rap Luca Sickta + Kmy Kmo )

Satu,

Hendak berjaya, 

mendada jangan,

Pastikan, 

Jika malu bertanya sesat jalan,

Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun,

Biar berkerut dahi asahkan minda ber alun,

Kedua semua nasihat cam petua,

ketua perlu jua,nak sihat sampai tua,

masuk semua benua,

pelusuk dalam luar,

hormat tanpa bersua,

walau darjah sempoa,

Tiga, 

Lain liga lain cara,

Elak geliga dalam rasa media masa,

Dahulu kerna lidah badankan binasa,

Sekarang kerna mata, jemari berbicara,

Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka,

nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka,

terlena,

dibuai mimpi 

dek dunia cereka,

hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka,

Lima,

Usah dikira kanan kiri,

Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri,

Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam,

Lupakan kisah silam, Nilam usah disiram,

ku siram yang ke-6 biar mekar 

dalam hati,

ingati putus urat dan tenaga urat besi,

korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari,

bajakan jasa mereka dengan budi.

(Pre Chorus)

(Chorus)

(End)

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir & Dayang Nurfaizah Bakal Berduet?

Kesantunan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Beri Kritikan Sosial dalam Lagu TUJUH NASIHAT