Budiey kira lagu terbaru Kaer Bukan Kasihku ini tidak dapat menandingi kegemilangan lagu Izinkan Ku Pergi. Sekadar untuk tempelan dalam album repakej, lagu ini hanya mampu mengingatkan kembali kepada peminat bahawa Kaer masih lagi ‘hidup’ di sini walaupun sedang sibuk keluar masuk dewan kuliah.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini lagu ini kerap juga diputarkan di radio. Selain mengubat kerinduan peminat, lagu ini ada kesinambungan untuk lagu hits Izinkan Ku Pergi. Temanya ada nada kecewa, lara dan robohnya mahligai cinta.
Lirik Lagu Bukan Kasihku – Kaer
Inikah akhirnya
Tinggallah lara di sini
Terpadamlah api kasih
Setelah dikau pergi
Telah kukorbankan
Sudah aku curahkannya
Semua kasih suci pada dirimu
**Korus**
Takku mahu
Asmara kan hancur seperti debu
Takku mahu
Dirimu bukan lagi kekasihku
Dan di sini tinggallah aku
Menantikan kasih
Sesaat berlalu
Bertahun kurasa
Ohh manakah silapmya
Kemanakah kan kubawa
Erti cinta sejati
Cuma dimimpi
Oh pedihnya¡
Ulang **Korus**