Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi tampil dengan single duet bersama Amira Othman, Takkan Merubah. Lagu ciptaan Farouk Roman serta Amylea Azizan itu akan turut menjadi runut bunyi bagi filem Motif.
Sufian menyifatkan Amira seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama.
“Sebagai penyanyi, saya perlu mencari kelainan dalam persembahan. Saya tidak mampu lepaskan peluang berharga ini, tambahan pula sentuhan Farouk dan Amylea mempunyai magis tersendiri,”
“Projek ini istimewa apabila saya dapat berduet dengan Amira. Dia sangat menyenangkan, malah membuat persediaan rapi sebelum kami melangkah ke studio rakaman,”
– Sufian Suhaimi
Untuk pengetahuan, proses rakaman Takkan Merubah mengambil masa lapan jam untuk disiapkan.
“Kami masuk studio pada 19 Ogos lalu untuk proses rakaman yang bermula jam 9 malam. Memandangkan ia kerjasama pertama saya dan Amira, kami perlu terlebih dahulu mencari titik keserasian.
Biarpun mengambil sedikit masa, saya tidak kisah kerana setiap komposer mempunyai cara tersendiri untuk memastikan lagu yang dirakamkan memberikan kepuasan kepada semua yang terbabit,”
– Sufian Suhaimi
Diharapkan lagu duet ini akan membawa ‘tuah’ sekali lagi buat Sufian dan juga Amira di masa akan datang.
Saksikan Lirik Lagu Takkan Merubah adalah single duet terbaru yang dinyanyikan oleh artis Malaysia kita, Sufian Suhaimi dan Amira Othman daripada filem, MOTIF (2019) yang bakal berada di pawagam pada 26 September 2019. Muzik telah dikomposi oleh Farouk Roman.
Manakala, LIRIK LAGU TAKKAN MERUBAH telah ditulis oleh Amylea. Lagu telah diedari oleh Aries Music di bawah muzik label. Jom sama-sama baca “Lirik Lagu Takkan Merubah” di bawah
Difikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan kepadanya
Telah ku teruskan semuanya
Dalam diamku
Makin tak terubat
Apa yang benar sunyi di hadapku
Kini sudah kau menyahutkan jawapannya
Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu
Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi
Difikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan
Kepadanya…telah ku teruskan semuanya
Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu
Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi
Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu