Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan One S.B, Syah Sofazr dan Fairuz Sofazr, manakala lirik pula oleh One S.B.
Selain Zimi, Sofazr turut dianggotai Wan Shahbaharin Niktah (gitaris pertama, Wan Shah Baharom Niktah (One drum), Ahmad Fairouz Mohammad (bass), Amir Mahiyiddin (vokalis) dan Rodie Jamun (keyboard).
Seiring dengan peningkatan usia, Zimi berkata, ahli kumpulan ini semakin matang dan bijak dalam menyusun semula karier nyanyian.
Sofazr masih mempunyai kelompok peminat tersendiri dan mereka juga perlu kekal relevan dengan menghasilkan muzik yang bersesuaian dengan selera pendengar.
“Kami akan terus mewarnai industri hiburan dengan muzik yang boleh diterima semua pendengar.
“Namun, identiti Sofazr itu tetap ada, apabila orang dengar mereka akan tahu itu lagu Sofarz.,”
Dalam pada itu, kumpulan ini turut mengalu-alukan kedatangan penyanyi baharu kerana golongan muda ini yang akan meneruskan legasi muzik.
“Satu tanda positif kedatangan mereka ini sebagai penyambung lagu, kami pun masing-masing dah berusia dan mereka yang akan kekal berada dalam industri.
“Mereka inilah yang akan menjadi pemimpin kelak, cuma kita perlu bantu dengan beri bimbingan yang bersesuaian dengan pengalaman kita dulu,”
Semoga Sofazr terus menghasilkan lagu-lagu yang lebih mantap di masa akan datang.
Artist : Sofazr
Tajuk Lagu : Takkan Mungkin
Album : Takkan Mungkin – Single
Music composer : One S.B
Lyrics Writer : One S.B, Syah Sofazr & Fairuz Sofazr
Label : Seventeen Eleven Music
Lirik Lagu Takkan Mungkin
Aku yang masih disini
Mencari hariku
Biarpun lelah dihati
Ku masih akur
Sungguh tak mungkin aku
Melupakan dirimu
Kerna hanya kau yang mampu
Menghancurkan ku
Biarpun hanya sekali
Takkan ku ulangi
Menerima kau kembali
Dalam hidup ini
Biarkan cinta ini pergi
Dan takkan kembali
Tak perlu lagi kau disini
Hatiku dah benci
Tak mungkin ku…
Menerima dirimu
Untuk kembali dalam hidupku
Tak mungkin aku
Mencintai dirimu
Walau esok tiada untukku
Tak mungkin ku…
Menerima dirimu
Untuk kembali dalam hidupku
Tak mungkin ku…
Menerima dirimu
Untuk kembali dalam hidupku
Tak mungkin aku
Mencintai dirimu
Walau esok tiada untukku
Tak mungkin ku…
Menerima dirimu
Untuk kembali dalam hidupku
Tak mungkin ku
Mencintai dirimu
Walau esok tiada untukku
Biarpun hanya sekali
Takkan ku ulangi