Krisdayanti memang gemar berduet. Selain bersama Anang, sang suami setia dalam satu album duet mereka, Krisdayanti juga memang senang bersama Ajai. Seakan vokal mereka sudah serasi bergabung. Kali ini, untuk filem 1957 Hati Malaya, Ajai mengajak Krisdayanti untuk memberi sentuhan emasnya. Perlu kamu… sekali dengar memang biasa-biasa sahaja. Dua kali dengar mungkin iramanya sudah sampai ke telinga. Tiga kali dengar… aduhai sudah nampak jalan ceritanya. Budiey suka dengan lagu ini kerana lagu ini sangat jujur untuk bercerita. Dengan mentaukidkan perkataan AKU, lirik lagu ini tampak kesungguhannya. Segala isi hati seorang kekasih yang benar-benar mahukan kebahagiaan bersama menjadi topik asal lagu ini. Irama lagu ini penuh dengan perasaan yang menjalar dan meruntun hati si pendengar. Lagu ini tidak memerlukan koir atau orkestra untuk menjadikan lagu ini sempurna.
Ajai:
Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku
Kris Dayanti:
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang
Chorus :
Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Both:
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi
Chorus :
Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi,
Biar aku ngerti, Kerna aku mahu kamu
Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup….
Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Aku perlu
Aku rindu
[tags]lirik perlu kamu, krisdayanti ajai perlu kamu, mp3 songs krisdayanti, indonesia songs, sehati berdansa, sinopsis pria, graduan, saka ringkasan cerita[/tags]