in

Lirik lagu Keranamu MH370 Ciptaan LY Baiduri

Pasangan komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan isterinya Baiduri telah mencipta sebuah lagu yang melahirkan rasa simpati atas insiden kehilangan pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH370 sejak 8 Mac lalu. Jika dilihat pada lirik kat bawah ini LY Baiduri cuba membawa pendengar untuk merasai naluri dan bukannya tentang kesedihan selain kata-kata semangat untuk seluruh keluarga yang terlibat. Lagu Keranamu MH370 telah pun siap sepenuhnya pada hari Khamis lalu dan LY Baiduri memberi kepercayaan kepada Riz AF6 (naib juara Akademi Fantasia musim keenam) untuk menyanyikannya. Riz mempunyai suara yang sesuai untuk melodi lagu ini.

LY BAIDURI

[pullquote]Pada hari Sabtu lalu, 22 Mac 2014, LY dan Baiduri telah menganjurkan satu gathering untuk meraikan peminat (FRENZERS) dan media di Taman Tema Wet World, Shah Alam, Selangor.  Itulah impak kemenangan lagu Bahagiamu Deritaku di Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini membuatkan mereka kembali menjadi perhatian sehinggakan jumlah pengikut di laman sosial Facebook semakin meningkat. [/pullquote]

Menurut LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie, 52, beliau mengikuti perkembangan insiden itu sejak hari pertama lagi dan setiap kali menonton berita di kaca televisyen, beliau berasa sebak. Lebih-lebih apabila mendapat tahu keluarga kepada salah seorang kenalannya ada di dalam pesawat tersebut.

Biarpun tidak mampu untuk memberi pertolongan dalam usaha pencarian tersebut, justeru dengan kelebihan mencipta lagu, beliau mengambil inisiatif memberi semangat melalui lagu terbaharu ciptaannya itu. Beliau juga berdoa berharap agar semua yang terlibat akan segera kembali dengan selamat. Atas keprihatinannya itu, timbul idea untuk mencipta sebuah lagu khas sebagai meluahkan rasa simpati mereka suami isteri.

Biarpun misteri tersebut belum dapat dirungkai, namun jauh di sudut hati bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia mengharapkan ke semua 239 penumpang termasuk 12 anak kapal di temui dengan selamat. Begitu jugalah yang dirasai pasangan suami isteri, LY dan Baiduri yang sehingga kini tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Oleh kerana tidak mampu untuk memberi pertolongan dalam usaha pencarian tersebut, maka dia mengambil inisiatif untuk memberi semangat daripada lagu terbaharu ciptaannya itu.

“Bila dengar berita insiden ni, kami juga cukup terasa. Setiap kali saya mengkuti perkembangan insiden itu di kaca televisyen saya jadi sebak. Tambahan ibu saudara kepada seorang kawan saya turut berada dalam pesawat itu. Kawan saya juga tertekan apabila timbul pelbagai spekulasi. Jadi timbul idea untuk saya hasilkan lagu ini khas buat ahli keluarga mangsa yang terlibat Lirik lagu ni bukan bercerita tentang kehilangan pesawat itu. Tetapi ia adalah sebagai kata-kata semangat dan harapan agar pesawat itu kembali dengan selamat. Kita berdoa pada Tuhan dan hanya dia boleh makbulkan.”

Sementara itu Baiduri yang berada di sebelah suaminya turut meluahkan berita insiden ini adalah sesuatu diluar jangkaan namun sebagai orang Islam, kita hanya mampu berdoa kepadaNYA.

“Kejadian ini memang perkara di luar jangkaan. Pada pagi 8 Mac itu, saya dengar berita ni, saya terkejut. Tapi sama-samalah kita berdoa semoga musibah. Saya dapat ilhham buat lirik ni, minggu lalu. Mulanya sekadar sajak saja dan kami muat naik di laman Facebook kami. Kemudian ramai yang bagi komen positif. Dan LY beritahu saya yang dia ada lagu kemudian kita terus nak jadikan saja ni sebagai lagu khas MH370. Tapi judul lagu itu kami serahkan pada pengikut di FB untuk tentukan.”

Inilah liriknya, fahami dan selami maksudnya…

Lirik lagu Keranamu MH370

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah
Aku merinduimu

Bergemerlap langit ke tujuh
Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulangamu

Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selamat selamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Bienda Hamil Anak Kedua

Malaysia Jadi Tumpuan Dunia Gara-Gara Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014