Menamatkan penantian beliau & juga peminat-peminat beliau, Elizad kini muncul dengan single pertama beliau berjudul Haiyaya.
Kisah lagu Haiyaya serba sedikit ada mengisahkan tentang perjalanan seni Elizad di mana di dalam lirik lagu ini, ada menyatakan bahawa tidak salah untuk seseorang bermimpi untuk mengejar impian mereka dan ini selaras dengan perjalanan Elizad yang menjadi pelakon dan pada masa yang sama minat menyanyi.
Lirik Lagu Elizad Sharifuddin – HAIYAYA
VERSE 1
Tak terasa masa yang berlalu Makin jelas usia dewasaku Kini aku tinggal aku
tiada di belakangku Menempuh pahit manis dunia
Salahkah ku jika ku bermimpi Mana tahu jadi realiti
Kerna aku tetap aku
Walau berkali ku jatuh
Berkali kan ku bangun semula
CHORUS
Hai ya ya ya
Bebaskanlah
Hai ya ya ya
Terbang tinggi
Buka mata teruskan tawa Hinggi mimpi menjadi nyata Kau mampu jadi apa saja
VERSE 2
Tiap kali hujan membasahi Yakinkanlah adanya pelangi Dari malam hingga pagi Sehingga terik mentari Menari dan teruslah menari
Bridge
Pabila ragu datang mengganggu Yakinlah saja pada dirimu Hilangkan resah dalam hatimu
Biarkan saja orang berkata Biarkan saja gagal melanda Masanya nanti pastikan tiba