Dalam kurebahkan badanku
Menatap langit luas yang tak berpenghujung
Ku lihat ku gambar sebuah dunia yang sempurna dan tiada celanya
Tiada miskin dan derita
Kedaifan bukan punca dia dihina
Tetapi perangi amarah yang memulakan peperangan itu sendiri
Bagaimana gerangan tercipta
Dua jurang yang sangat berbeza
Yang fitrah yang indah sebalik pemusnah yang hauskan darah
Ku pinta pada Yang Maha Esa
Sinari hidayah buat mereka
Yang buta yang suka menghapus melupus segala yang benar
Ku perlukan kasih-Mu
Ku perlukan belas-Mu
Segala tercipta
Ada hikmah ada kisah ada nilainya
Ku perlukan kasih-Mu
Ku perlukan belas-Mu
Ku akur ku syukur
Ku akui ku hargai KebesaranNya
Senyuman si kecil yang suci
Nilaikanlah ia sebesarnya dunia
Kerana ianya
Warisan yang akan menentukan hala tujuan kita
Tangisannya perlu dihenti
Selamatkannya untuk dirimu
Ku sayu ku rayu
Luangkan sesaat jelaskan segala yang dapat kau lihat
Semoga sejahtera semua
Di dalam mencari
Erti kehidupan
Semoga terus berjuang
Mendekati, memahami, menghalusi
Dirimu sendiri
Sebuah lagu yang best dan enak didengar… Suka dengan cover album. Macam dalam taman bunga. Bunga matahari.