in ,

Lirik Dikalung Kasihan Imran Ajmain

Pernah tak korang cinta seseorang itu sebab korang kasihan kat dia. Kasihan, simpati dan empati. Mmm… ketiga-tiga perkataan ini ada bezanya kan? Tapi alih-alih, topiknya sama iaitu perasaan kita yang sangat belas kasihan kat seseorang itu. Ia dapat disalurkan dalam beberapa bentuk. Mungkin rasa cinta sebab kasihan tak sama dengan rasa cinta kat seseorang itu sebab dia cantik ke, sebab dia kaya ke, sebab dia apa ke… Dan Budiey percaya, cinta sebab kasihan ni memang agak tragis gak la. Mungkin korang ada kisah tersendiri tentang topik ini dan boleh ditulis di ruangan komen kat bawah ni.

Imran Ajmain Dikalung Kasihan

Mengambil tema itu, Imran Ajmain telah melahirkan sebuah lagi lagu terbaru dan Budiey rasakan lagu ini antara yang terbaik pernah dinyanyikan oleh beliau. Budiey difahamkan lagu ini dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan liriknya pula ditulis oleh B.Azhar.

Walaupun tidak menggunakan banyak perlambangan atau simbolik, namun bahasa puitis ang digunakan dalam lagu ini agak sukar untuk didalami. Penggunaan perkataan ‘Sepadan usia’, ‘membiaskan cahaya’ dan ‘percuma saja berkorban’ antara bait-bait lagu yang perlu diberi pemahaman dan penjelasan.

Menurut Imran Ajmain, kisah lagu ini berlandaskan perasaan cinta kerana kasihan. Kadang-kadang, ada yang menjalani perhubungan hanya demi kesian. Kita kasihankan orang tu Sebab tu kita tak tinggalkan dia. Tapi bila kekasih tu tak tahu perasaan sebenar kita, siapa yang patut dikasihani.

Imran Ajmain mengambil masa sebulan untuk belajar dan mendalami maksud lagu Dikalung Kasihan. Proses rakaman hanya dijalankan dalam beberapa jam sahaja. Ini adalah kali pertama Imran Ajmain bekerja dengan komposer Azlan Abu Hassan.

Imran Ajmain mengakui lagu ini sangat mencabar vokalnya.

Imran Ajmain akan menyanyikan lagu Dikalung Kasihan di Showcase Imran Ajmain yang bakal berlangsung di Hard Rock Cafe jam 3 petang hari Ahad ini.

Kini, Imran Ajmain masih lagi dalam proses pembikinan muzik video lagu Dikalung Kasihan ini. Proses masih berbaki 30% di mana Imran masih mencari mana-mana artis perempuan yang boleh dijelmakan bersama dalam video klip ini. Jadi, apa kata korang semua kasi cadangan kat Imran, pelakon/pendatang baru (Wanita) yang mana paling sesuai untuk ditampilkan dalam muzik video Dikalung Kasihan.

Dikalung Kasihan – Imran Ajmain

Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama

Imran Ajmain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani at www.701pages.com Launch

Vokalis Pasha UNGU Dilantik Duta Garnier Men Terbaru