in

Lindsay Lohan Dalam Living Lohan di 8TV

LIVING LOHAN
Hari/Tarikh TX: Khamis, 25 Jun 2009
Masa: 11 malam

Pernahkah anda membayangkan bagaimana kehidupan menjadi seorang ibu tunggal dan pada masa yang sama menjadi pengurus artis kepada bintang Hollywood terkenal? Tontonilah Dina Lohan, ibu tunggal kepada dua orang bintang popular Hollywood, Ali dan Lindsay Lohan dalam musim pertama rancangan realiti Living Lohan yang akan mula ditayangkan pada 25 Jun 2009 pukul 11 malam secara PERCUMA hanya di 8TV!

Rancangan ini akan menyelami kehidupan seharian Dina yang bekerja keras untuk membangunkan karier anak perempuannya Ali Lohan – seorang gadis muda yang periang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal. Pada masa yang sama Dina juga perlu mengatur jadual Lindsay yang amat padat.

“Rancangan ini sememangnya sebuah rancangan realiti yang cukup menarik dan menghiburkan. Living Lohan memberikan anda peluang untuk mengikuti kehidupan seharian  keluarga Lohan” kata pengurus besar 8TV, Lam Swee Kim.

Ali terpaksa menempuh pelbagai kesulitan untuk mengikut jejak langkah kakaknya menjadi bintang terkenal. Ali kini sedang sibuk dalam proses untuk menghasilkan debut albumnya dengan pertolongan ibunya, Dina Lohan.

Rancangan ini membawa penonton melihat cara hidup keluarga Lohan yang penuh dengan drama dan kontroversi.

Dalam rancangan realiti sebanyak 9 episod ini anda bakal menyaksikan keluarga Lohan berhijrah ke Las Vegas untuk membantu Ali menyiapkan album sulungnya. Ali menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya sepanjang proses rakaman berlangsung. Ali berusaha untuk mengimbangi jadual kariernya yang padat dengan melakukan latihan vokal dan pada masa yang sama menghadapi tekanan sebagai seorang bintang muda.

Dalam perjuangannya untuk bejaya, Ali terpaksa mengorbankan kehidupan normal sebagai seorang remaja yang mempunyai banyak keinginan dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai orang dewasa demi kerjayanya.

Sementara menguruskan kerjaya Ali, Dina terpaksa berhadapan dengan khabar-khabar angin tentang Lindsay bersama produser muzik kepada Ali, Jeremy Greene. Dina Lohan juga sentiasa sabar dan bijak menangani khabar-khabar angin tentang anak-anaknya yang sering disiarkan dalam majalah gosip dan pada waktu yang sama tabah menguruskan keluarganya seorang diri.

Apabila Ali dan Dina memberikan perhatian yang lebih dalam membangunkan karier Ali, anak lelakinya yang paling bongsu Cody Lohan melalui penderitaan kerana terpaksa mengikuti kakaknya ke marata tempat dan membuat pelbagai pengorbanan yang menjejaskan kehidupan zaman kanak-kanaknya demi Ali. Cody juga terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk meraih perhatian ahli keluarganya.

Sementara itu, anak sulung Dina, Michael Lohan yang tinggal berjauhan kerana melanjutkan pelajaran di sebuah kolej, pulang ke rumah dan membawa teman wanitanya bersama. Banyak perkara pahit manis berlaku dalam usaha untuk mengekalkan perhubungan keluarga Lohan ini.

Jangan lupa untuk menonton Living Lohan dan saksikan drama dan kontroversi dalam kehidpan keluarga Lohan yang akan disiarkan setiap hari Khamis mulai 25 Jun 2009 hanya di saluran 8TV!. 8TV juga boleh ditonton di saluran 708 Astro!

Kini, anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Project Runway Season 4

Perfume, Still Small Voices, Xchange, Cellular & Deep Rescue di 8TV