Selebriti terkenal Linda Rafar yang kini sedang mengandung 3 bulan mendakwa suaminya, Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi semalam (8 September 2015). Linda ketika dihubungi wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir berkata, Syed melafazkan cerai di kediaman mereka di Shah Alam jam 7 pagi semalam dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.
Namun, selepas itu Syed Aiman menyesal tapi Linda mengatakan sudah terlambat.
“Hati saya hancur dan saya sekarang sedang trauma.”
Menurut Linda, dia kecewa dengan sikap terburu-buru Syed yang melafazkan cerai tanpa memikirkan kesannya.
“Saya belum ada jawapan sama ada nak terima dia semula atau tidak. Apa yang pasti, saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab.”
Linda berkata, dia suka untuk menerima tindakan Syed kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan, malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumahtangga. Menurutnya, dia akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini bagi mengesahkan lafaz cerai itu.
Terdahulu, Linda memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan tulisan “Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal.” Disertakan dengan logo bertulis Akte Cerai di Instagram pagi tadi.
Penyanyi yang berusia 37 tahun itu turut meletakkan emoji atau lambang hati yang terbelah, sekaligus membayangkan dia berdepan dengan masalah rumahtangga.
Syed dan Linda mendirikan rumahtangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki. Menerusi perkahwinan pertama Linda bersama Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 14, Rezaiman Keiflin, 12 tahun.
Bagaimana pun anak keduanya meninggal dunia akibat barah pada 5 Julai tahun lalu.