Sambutan Syawal pada kali ini dijangka bakal disambut dengan penuh kesederhanaan setelah pihak berkuasa menetapkan syarat untuk tidak merentas negeri yang sememangnya memberi impak mendalam buat kita semua. Dua bulan kita telah mengharungi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sejujurnya ianya sangat membantu negara kita dalam memutuskan rantaian Covid 19. Namun sambutan Syawal ini tetap disambut dengan penuh keceriaan seiring dengan tagline kempen digital rangkaian televisyen Media Prima (MPTN) iaitu #RamadanMasihOn dan #RayaMasihOn.
Memeriahkan lagi suasana Syawal tahun ini, Primeworks Studios (PWS) telah menghasilkan #CoverLaguRaya yang merangkumi lima muzik video istimewa untuk dikongsi bermula Syawal pertama sehinggalah Syawal kelima. Album ini menampilkan Fly & The Gypsy Cats, dan memilih empat buah lagu raya yang malar hijau (evergreen) dan sebuah lagu baharu ciptaan Audi Mok dan Datuk Ahmad Izham Omar. Lagu-lagu klasik Hari Raya ini diberi sentuhan susunan muzik yang amat menarik yang berlandaskan irama jazz klasik.
Lagu: Dengdang Perantau (Ditaja oleh Nescafe)
Penulis lirik: Tan Sri P. Ramlee
Komposer: Tan Sri P. Ramlee
Penyanyi asal: Tan Sri P. Ramlee
Lagu: Selamat Hari Raya (Ditaja oleh L’Oreal)
Penulis lirik: Ahmad Jaafar
Komposer: Ahmad Jaafar
Penyanyi asal: Saloma
Lagu: Selamat Hari Raya (Aidilfitri Hari Mulia) (Ditaja oleh L’Oreal)
Penulis lirik: Tan Sri Dato (Dr.) Jins Shamsuddin
Komposer: Kassim Masdor
Penyanyi asal: Fazidah Joned
Lagu: Suasana Hari Raya (Ditaja oleh Nescafe)
Penulis lirik: Habsah Hassan
Komposer: Adnan Abu Hassan
Penyanyi asal: Anuar Zain & Ellina
Lagu: Huawei Di Hati (Ditaja oleh Huawei)
Penulis lirik: Ahmad Izham Omar
Komposer: Audi Mok & Ahmad Izham Omar
Penyanyi asal: Hael Husaini, Wany Hasrita, Naim Daniel, Marsha Milan, Qody Rany, Pasya, Apex Tajuddin, Khareez Kasbulah, Tilla Hanna, HelloLuqman, Ika Mustafa
Kelima-lima video #CoverLaguRaya ini akan dikongsi pada setiap hari bermula Syawal pertama sehingga Syawal kelima, pukul 12.00 tengahari menerusi Facebook dan YouTube TV3 khas buat anda semua.
Rancangan #CoverLaguRaya ini diterbitkan oleh Sasha Nath, suntingan oleh Amirul Azmi di samping Nini Yusof dan Datuk Ahmad Izham Omar sebagai Penerbit Eksekutif daripada Primeworks Studios.