Semalam, Budiey ada membaca Twitter kawan-kawan media yang buat liputan di Future Music Festival Asia 2014 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang melaporkan bahawa ada kereta ambulance keluar masuk ke kawasan festival dan disyaki ada kecemasan berlaku di situ.
[pullquote]Berita ini mengingatkan kembali dengan apa yang telah berlaku di Future Music Festival Asia pada tahun lepas. Diharap, pada malam ini iaitu malam terakhir, tiada apa-apa kejadian buruk yang tidak diinginkan berlaku di festival ini.[/pullquote]
Sebentar tadi, menerusi akhbar Utusan Malaysia, Budiey telah mendapat berita, polis telah mengesahkan lima orang mati manakala empat orang lagi kritikal dipercayai akibat sesak nafas di Future Music Festival Asia 2014. Berkemungkinan besar, kejadian ini adalah kerana pengunjung yang sangat ramai ditambah pula dengan keadaan cuaca jerebu yang melanda Lembah Klang ketika ini.
Tiga mayat mangsa ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua lagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Semalam, FMFA menyajikan persembahan hebat dan buat julung kalinya, ‘A State of Trance, 650 New Horizons’ datang ke Malaysia dengan menampilkan barisan DJ-DJ seperti Paul Van Dyk, Arrmin Va Buuren, Markus Schulz, Omnia, Andrew Rayel dan ramai lagi.
Hari terakhir iaitu pada hari ini, bakal menyaksikan persembahan hebat artis antarabangsa terkenal seperti Pharrell Williama, Yuna, Naughty Boy, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.
Selain festival muzik, penganjur juga telah menyediakan pelbagai keseronokan lain dengan berkolaborasi dengan beberapa booth dari penaja.
Dengan kejadian yang melibatkan nyawa manusia ini, sekarang ini di sosial media terutamanya di Twitter ada rumors mengatakan Future Music Festival Asia 2014 dibatalkan? Adakah ini benar? Boleh sesiapa berikan pencerahan?
Sumber: Utusan Malaysia