in , ,

Like & Unlike Foto Nur Fatima Aisya, Netizen Harap Neelofa Berbaik Dengan Fazura

Kalau betul la berita ni apa salahnya kalau Neelofa nak like gambar baby Fazura, kan?

Umum sebelum ini sudah mengetahui bahawa pelakon Fattah Amin pernah menjalinkan hubungan bersama dengan pengacara Noor Neelofa tapi disebabkan tiada jodoh, hubungan itu berakhir di tengah jalan dan Fattah pula mendirikan rumah tangga bersama dengan Nur Fazura.

Hubungan antara Neelofa bersama dengan Fattah dan Fazura juga agak tegang suatu ketika dahulu tetapi kini nampaknya semua sudah kembali normal.

NEELOFA LIKE

Agak mengejutkan apabila didapati Neelofa telah menekan tanda suka pada gambar puteri kesayangan Fattah dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya yang telah dikongsikan oleh akaun Instagram salah satu rancangan yang pernah dikendalikan oleh Neelofa sebelum ini.

NEELOFA LIKE
NEELOFA LIKE
NEELOFA LIKE
NEELOFA LIKE
NEELOFA LIKE

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyifatkan Neelofa sudah dapat move on daripada kisah cinta lamanya itu disebabkan dia kini juga sudah bergelar tunang kepada PU Riz.

Namun selepas diperiksa semula, nampaknya sudah tidak ada pula ‘jejak’ yang ditinggalkan oleh pengacara tersebut di akaun Instagram berkenaan.

Tak mengapa la, asalkan sekarang semua sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing kan.

Mana tahu selepas ini Neelofa dan Fazura akan berkawan baik? Kita doakan yang baik-baik sahaja okay.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia Harga Bermula RM1,869

Lazada 11.11 Super Show 2020 Tetap Berlangsung Meriah Walaupun Tanpa Penonton