in

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Pertarungan Liga Lawak Superstar kini bermula. Bagi pertarungan minggu pertama, 8 pelakon dan 4 komedian tersohor serantau bakal berentap malam ini dengan melaksanakan cabaran yang berbeza! Setelah menyaksikan episod pertama Liga Lawak Superstar yang mempamerkan gelagat peserta dan komedian di sesi Liga Lawak Superstar 101, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu pertarungan pertama dari Kumpulan A. Kumpulan A yang terdiri daripada Derhaka Seorang Cinderella (Komedian: Hamdan, Perserta: Amyza Aznan & Aman Nassim), Aku (Komedian: Bell Ngasri, Perserta: Idzham Ismail & Hairi Safwan), Apa Kasih Toq (Komedian: Didie Alias, Peserta: Kamal Adli & Fizz Fairuz) dan Spy Kampung (Komedian: Farouk Hussain, Peserta: Zalif Sidek & Syafiq Kyle) beraksi meraih sokongan daripada para peminat dan juri pada malam ini.

Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila melibatkan 8 kumpulan berbeza yang akan bertarung sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Pasukan A Mula Berentap Merebut Markah Mingguan

[dropcap]S[/dropcap]emalam, kumpulan Derhaka Seorang Cinderella, Aku, Apa Kasih Toq dan Spy Kampung berentap dalam pentas Liga Lawak Superstar yang bertemakan sarkas. Empat kumpulan ini telah menunjukkan kehebatan mereka dalam 5 pusingan iaitu Alat Kawalan Jauh, Mengecut, Tak Puas Hati, Babak Atas Lantai dan Karaoke Rumah Urut selama 3 minit tanpa menggunakan skrip dalam rancangan ini.

[pullquote align=”right”]Bagi pusingan pertama, menyaksikan gandingan dua kumpulan iaitu Spy Kampung dan Aku beraksi menunjukkan kehebatan mereka dalam cabaran ‘Tak Puas Hati’. Padat dengan aksi lucu yang mencuit hati penonton, dua lagi kumpulan iaitu Apa Kasih Toq dan Derhaka Seorang Cinderella menyusul dengan persembahan mereka di tahap yang terbaik menerusi cabaran ‘Mengecut’.[/pullquote]

Pentas Liga Lawak Superstar dihangatkan lagi dengan gelagat penampilan kali kedua oleh kumpulan Spy Kampung dan Aku menerusi sketsa ‘Alat Kawalan Jauh’. Kumpulan Apa Kasih Toq dan Derhaka Seorang Cinderella pula bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu ‘Babak Atas Lantai’. Sebelum melabuhkan tirai persaingan minggu ini kesemua kumpulan menggegarkan studio Finas dalam cabaran terakhir iaitu ‘Karaoke Rumah Urut’.

Liga Lawak Superstar mempunyai pasukan A dan B dan disertai oleh 16 pelakon dan 8 komedian. Setiap pasukan mempunyai 8 kumpulan. Pasukan A dan B akan berselang-seli setiap minggu untuk bersaing dalam menyempurnakan tugasan dan permainan. Pemenang pada minggu itu akan meraih 3 mata. Setelah kesemua kumpulan melengkapkan persaingan di peringkat pasukan, dua kumpulan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam pasukan masing-masing layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya berentap untuk mendapatkan dua tempat ke peringkat akhir Liga Lawak Superstar.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Penjenamaan TV3, “Selepas persembahan pertarungan pertama pada malam ini, kami boleh mendapat sedikit gambaran tentang potensi dan keupayaan gandingan komedian dan peserta. Namun di peringkat permulaan ini, masih terlalu awal untuk membuat ramalan dan tidak mustahil berlaku kejutan yang bakal mengubah persaingan Liga Lawak Superstar. Kami melihat persaingan pada minggu pertama ini sebagai proses pembelajaran dan pengalaman buat peserta. Kami berharap penonton tidak membandingkan para peserta yang masih baru dalam bidang sketsa komedi dengan pelawak profesional. Beri mereka tempoh beberapa minggu dan saya percaya selepas itu kualiti komedi mereka pasti jadi lebih baik.”

Sepanjang 10 episod, Liga Lawak Superstar menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie sebagai juri tetap untuk program ini. manakala Khir Rahman tampil sebagai juri jemputan.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada penonton di studio. Undian SMS akan di buka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.

Setelah melihat aksi pasukan A semalam, bagaimana pula persembahan pasukan B minggu hadapan? Jangan lupa untuk terus menyaksikan Liga Lawak Superstar dengan sketsa komedi yang lebih menarik dan lebih mencuit hati setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3!

Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #ligalawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Liga Lawak Superstar Minggu Pertama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar Akademi Fantasia AF2013 Diugut Bunuh?

Alcatel One Touch Idol Mini