in , ,

Lifestyle Unboxing Review Bersama Founder Bae Hanna SkinLab

Baru-baru ini, Budiey ada menonton video buka kotak iMac terbaharu di saluran Youtube yang dibuat oleh Ann yang merupakan founder kepada produk Bae Hanna SkinLab & Dr.Mama.

Jika korang masih ingat satu masa dulu, Budiey pernah buat ulasan mengenai produk face mask yang dikeluarkan oleh Dr. Mama. Sedikit cerita ringkas mengenai syarikat Bae Hanna ini, yang ditubuhkan oleh Ann pada Ogos 2020 tahun lepas.

Bae Hanna SkinLab merupakan syarikat tempatan yang menjual produk lifestyle seperti fashion Fabric Mask dan skincare. Fabric Mask Bae Hanna ini mengandungi Silver Ion yang dapat membunuh kuman dengan secara efektif.

Tambah lagi dengan Skincare Bae Hanna yang kandungannya adalah Oat yang fokus untuk kulit berjerawat dan gatal. Produk Bae Hanna boleh didapati di laman web www.baehanna.com

Budiey tertarik menonton video buka kotak dari Ann ini. Video yang dipaparkan sangat ringkas tapi menarik. Bertambah unik dengan ‘ASMR’. Budiey juga suka dengan suntingan yang videonya. Pulak tu, sangat rileks dengan muzik latar yang cukup santai. Budiey nak jemput anda semua turut menonton video ini:

Sebagaimana yang kita maklum, Apple telah melancarkan iMac 2021 baru-baru ini dan antara ciri yang menarik adalah iMac keluaran kali ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna. Macam-macam warna pilihan ada.

Menurut Ann, beliau sangat memilih warna pink sebab warna ni sangat menenangkan jiwa dan menawan. Sesuai dengan jiwa kewanitaan yang sukakan dengan suasana yang menenangkan. iMac berwarna merah jambu ini sesuai untuk wanita yang berjiwa simple, sederhana, dan ia nampak sangat clean serta senang digunakan. Memang ada style!

Mungkin bagi anda yang suka warna pink dapat inspirasi daripada video unboxing ini. Kalau kita dapat lihat, Ann juga telah menukarkan pencetak dengan pencetak dari Canon dengan warna yang sama. Serba pink! Sesuai sangat dengan warna cat dinding dan menjadikan semuanya bergabung mewujudkan satu suasana yang harmoni.

Pastinya dengan iMac dan pencetak baharu ini akan menjadikan founder Bae Hanna SkinLab akan lebih produktif dan terus maju serta kreatif dalam menghasilkan produk bermutu. Semoga terus sukses ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zara Zya Luah Rasa Sedih & Kecewa Dituduh Songlap Duit Bantuan

Belum Sampai Tahap Kibar Bendera Putih, Ini Yang Dilakukan Oleh Izam EYE