in ,

Anak Angkat Pengikat Jodoh Dalam Filem LIFE AS WE KNOW IT

Mengurus anak itu bukanlah hal yang mudah dan dapat dilakukan secara spontan. Banyak yang harus dipersiapkan dalam hal mengurus anak termasuklah melibatkan mental dan fizikal. Apatahlagi anak tersebut bukan lahir daripada zuriat sendiri sebaliknya diamanahkan orang untuk menjaganya.

Hal ini dikongsikan pasangan kekasih yang terpaksa memikul tanggungjawab terhadap anak yang baru dilahirkan rakan mereka dalam filem bertajuk “Life As We Know It” pada 23 Januari Ini, pukul 9.30 malam di TV2.

filem Life As We Know It

Anak Angkat Pengikat Jodoh Dalam Filem “Life As We Know It” di TV2

Dibintangi pelakon Katherine Heigl, Barry Josey Ason, Josh Lucas, Hayes Mecarther dan Christines Hendricles, filem arahan Greg Berlanti ini bertemakan kisah kekeluargaan dan susah payah untuk memelihara seorang bayi yang baru dilahirkan oleh sebuah keluarga baru yang tidak mempunyai pengalaman.

Filem ini menceritakan tentang seorang Holly dan Messer yang dipertemukan secara blind date oleh teman mereka masing-masing namun akhirnya mereka terpaksa bersama untuk menjaga anak kawan mereka itu yang meninggal dalam kemalangan. Seawal pertemuan lagi mereka tidak saling menyenangi antara satu sama lain dan beranggapan hubungan itu tidak akan berhasil.

Meskipun pertemuan tersebut tidak berlangsung dengan baik namun setelah itu jodoh seringkali menemukan mereka secara tidak sengaja. Malah mereka menjadi pengapit ketika rakan mereka, Peter dan Allison berkahwin. Mereka juga menjadi bapa dan ibu angkat Sophie anak pasangan tersebut yang baru sahaja lahir.

Malangnya ketika sambutan ulangtahun pertama Sophie, dia kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan. Sophie dijaga di rumah kebajikan sementara mereka menjejak saudara mara terdekat yang boleh menjaganya. Tanpa sedar hubungan Holly dan Messer mula rapat disebabkan anak itu dan kerana tidak mahu hak penjagaan jatuh kepada orang lain, mereka sepakat menjadi bapa dan ibu angkat Sophie.

Setelah mereka berhasil membawa keluar Sophie dari rumah kebajikan, mereka berdualah yang membesarkan Sophie bersama-sama walau tanpa ikatan di antara keduanya. Mereka membuat jadual untuk pembagian waktu menjaga Sophie di rumah.

Life As We Know It

Dari sini lah mulai timbul konflik satu per satu yang menguji kekuatan mereka dalam membesarkan Sophie. Messer yang terkenal dengan sifat palyboynya tetap sering berganti-ganti wanita dalam kehidupannya. Sedangkan Holly lebih sibuk memikirkan perniagaan roti yang diusahakannya. Dalam diam Holly menaruh hati kepada pelanggan tetap di kedai rotinya iaitu Dr. Sam. Impian Holly menjadi kenyataan bila doktor tersebut menjadi penyelamat ketika Sophie ditimpa kecelakaan.

Sejak sama-sama membesarkan Sophie, hubungan cinta mula berputik antara mereka. Messer mula cemburu terhadap hubungan mesra Holly dengan Dr. Sam. Dia mengambil pendekatan berterus-terang perasaan cintanya kepada Holly. Nyata dia tidak bertepuk sebelah tangan bila Holly pun mengakui cintakannya.

Hubungan cinta mereka semakin berkembang. Namun dugaan datang menimpa bila Messer terpaksa memilih untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu atau pun menerima tawaran kerja yang diimpikannya selama ini dan berpindah ke Phoenix.

Setelah Holly mengetahui perkara itu, dia memberi sokongan penuh kepada Messer supaya menerima tawaran kerja tersebut demi masa depannya. Akhirnya Messer pun menerima pekerjaan itu dan dia berpisah dengan Sophie dan Holly. Setelah berpisah, Holly pun kembali menjalin hubungan dengan Dr. Sam.

Ketika merayakan hari ‘Thanksgiving’ , Holly mengundang Messer untuk datang ke pesta itu dan mereka terlibat dalam suatu pertengkaran yang hebat hingga pertengkaran mereka dapat didengari tetamu undangan Holly. Messer betul-betul marah dan memutuskan kembali ke Phoenix. Dr. Sam yang mendengar pertengkaran tersebut serba salah. Namun dia dapat merasakan cinta Holly kuat untuk Messer berbanding dirinya. Dia memujuk Holly menahan Messer dari pergi.

Holly mencari Messer di lapangan terbang namun semuanya terlambat kerana pesawat ke Phoenix telah berlepas. Namun sebaik tiba di rumah dia disambut oleh seseorang yang membuatkannya kembali senyum. Siapakah gerangan lelaki tersebut?

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Drama Bersiri ISTERIKU ‘MEM’ BESAR

Seven Collar T-Shirt Lancar Single Terbaru Berjudul LINES