“Kalau dia nak cerai, cerailah. Saya pun tak kisah kerana apa tujuannya kami hidup bersama kalau tak ada sefahaman langsung. Dia pun tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Terlalu banyak yang dia dah buat pada saya dan saya pun dah tak tahan nak hidup dengannya lagi,†kata aktres popular era 90-an, Salina Zaimon atau Lidyawati berhubung tuntutan permohonan cerai oleh suaminya, Datuk Azhar Mohd Zar yang diperdengarkan di Mahkamah Syariah Kuala Langat, Selangor, semalam.
Antaranya jika dalam tempoh tiga bulan suaminya tidak berubah, mereka akan bercerai secara taklik. Namun belum sempat tempoh itu berakhir, suaminya pula telah membuat tuntutan cerai.
“Saya tidak terkejut dengan tindakannya itu (cerai), tetapi Pegawai di Pejabat Agama Kelang pula yang terkejut kerana kami masih ada satu lagi sesi kaunseling pada pertengahan April ini. Setahu saya surat tuntutan cerai itu telah dibuat sejak 18 Mac lalu, tapi entah kenapa dia sengaja melewatkan pemberian surat itu kerana 27 Mac baru saya terima. Apa pun tujuannya saya dah bersedia.
“Terus-terang, lepas proses kaunseling tu dia langsung tak berubah. Masih dengan perangai lamanya. Bukan sahaja masih menuduh dan memfitnah saya yang bukan-bukan, tapi dia juga dah keterlaluan kerana sanggup mengambil semula mas kahwin yang dia berikan pada saya dulu. Malah dia juga menuntut saya bayar semua duit dan segala perbelanjaan yang dia pernah berikan sebelum ini. Walaupun lima sen pun dia nak.
“Apa namanya suami kalau dah macam tu? Kalau dia lelaki yang beragama, dia sepatutnya tahu, haram dia ambil semua tu, lebih-lebih lagi mas kahwin saya. Bukan itu sahaja, dah banyak kali dia lafaz cerai pada saya. Bila bergaduh dia kata, ‘awak dah bebas, terpulanglah awak nak buat apa, nak pergi mana’ dan halau saya dari rumah. Dia tak sedar yang dia dah lafazkan cerai pada saya dan saya sendiri pun dah lama was-was adakah saya masih isterinya lagi. Jadi kalau dia nak ceraikan saya lepas ni pun, saya terima,†luah Lidyawati yang dihubungi Sinar Harian kelmarin.
Menurut Lidyawati lagi, suaminya itu bukan sahaja terlalu cemburu dengan menuduhnya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, tetapi juga melemparkan pelbagai tohmahan yang ada kalanya tidak masuk akal. Lebih menyedihkan, bila suaminya menuduh dia mengamalkan ilmu hitam.
“Saya tak pernah tuntut cerai. Saya sudah cuba yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga kami tapi kalau dah tak ada jodoh saya terima. Sekarang pun saya dah kembali berlakon untuk menyara diri, anak-anak dan orang tua saya,†kata Lidyawati yang tidak menyesal walaupun perkahwinannya dengan Datuk Azhar itu tidak sampai setahun. [sumber]