in

Liam Neeson Dapat Bayaran RM30 Juta dalam Taken 2

Ternyata filem Taken telah memberi impak yang bukan sikit dalam kehidupan pelakon Liam Neeson. Mulanya hanya mendapat bayaran RM3 juta untuk filem Taken. Eh, RM3 juta bagi kita sangat banyak okay. Dan sekarang, untuk filem Taken 2, pelakon kelas A di Hollywood ini dah naik gaji setelah menerima tawaran RM30 juta untuk berlakon dalam filem aksi ini.

Bayaran ini agak berbaloi kerana penonton ternanti Liam Neeson dalam sekuel seterusnya. Tak percaya, tengoklah pada kutipan tiket yang meraih kira-kira RM385 juta selepas tayangan pembukaan seluruh AS pada minggu lalu dan menjuara carta top 10. Kutipan terus bertambah dan sambutan sangat menggalakkan pada minggu kedua pula. Filem arahan Olivier Megaton ini menelan belanja RM137 juta untuk dihasilkan.

Okay, RM30 juta satu jumlah yang sangat sangat sangat banyak. Tak kurang lakonan berkesan Liam Neeson dalam filem lain seperti A Team, Unknown dan The Grey. Tapi dalam The Grey, Budiey tak berapa suka sebab plot yang agak longgar. Ramai yang bersetuju, Liam Neeson tak perlu pilih untuk berlakon dalam filem ni.

Pada usianya mencecah 60 tahun, pelakon yang berasal dari Ireland Utara ini sudah boleh berbangga dengan pencapaian ini. Pendapat sehingga AS$20 juta iaitu kira-kira RM60juta untuk sebuah filem sudah menempatkan Neeson sebaris dengan Matt Damon, Will Smith, Johnny Depp dan Robert Downey Jr.

Dengarnya, Taken 3 akan dibuat tak lama lagi. Urgh! Excited!

TAKEN 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert Gemilang di KLCC

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Nikah 3 November