in ,

Hotel Review Lexis Port Dickson

Tak berapa jauh dari kota Kuala Lumpur, tersergam sebuah tempat yang sesuai buat bergembira dan menenangkan fikiran. Terletak di bandar Port Dickson, Lexis Port Dickson tersenarai sebagai salah satu hotel yang paling popular dan berprestij di kawasan ini. Dengan kedudukannya di bahagian Lukut, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

Fishing

Dengan 279 bilik-bilik indah, hotel ini dilengkapi dengan kolam renang, tempat memanah, kawasan bermain segway, restoran dan macam-macam lagi. Lexis memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di tepi pantai sambil menikmati kemewahan hidup yang lain.

Bilik-biliknya yang berkonsepkan moden namun romantis setanding dengan hotel-hotel ternama sekitar Malaysia. Malah lebih menarik lagi adalah Water Chalet atau ‘rumah air’ yang dibina di atas laut menghidupkan suasana seperti seolah-olah berada di Maldives atau Mauritius kala bermalam!

Apatah lagi dengan pemandangan indah lautan di yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu hotel, ia merupakan destinasi paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua.

Dengan kawasan yang diasingkan dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, Lexis Port Dickson juga sesuai buat mereka yang ingin mengadakan acara-acara serta majlis-majlis tertentu. Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat penting, seminar-seminar khas, majlis perkahwinan, sesi latihan korporat dan macam-macam lagi.

Satu lagi kelebihan Lexis Port Dickson adalah kedudukannya yang tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang serta bandaraya penting yang lain seperti Melaka, Bandaraya Bersejarah dan juga Kuala Lumpur sendiri. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini dan di antaranya ialah berkaraoke, menangkap ikan, renang, dan macam-macam lagi.Oleh itu, sekiranya anda hendak pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh dari ibukota, singgahlah ke Lexis Port Dickson.

Perjalanannya sebentar sahaja dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi hutan belantara ataupun kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan!

Karaoke Room

Swimming Pool View

Water Chalets 2

Lexis Port Dickson : Percutian berdekatan pantai yang cepat
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Galeri Ciumbuleuit Hotel di Bandung

Senarai Telefilem Menarik Sepanjang Februari 2016 di TV9