in ,

Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar, Tarik Balik Laporan Polis

Pergolakan rumah tangga penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar menemui sinar apabila mereka berdua sepakat memilih jalan damai untuk menyelesaikan masalah yang melanda.

Penyanyi Sekali Seumur Hidup itu dilaporkan sudah menarik balik laporan polis terhadap serangan keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya, malah turut memaafkan perbuatan lelaki itu.

“Memaafkan. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi lagi,” katanya ketika ditemui media di Polres Metro, Jakarta Selatan.

Lesti Kejora berkata, dia bersedia memaafkan Rizky demi anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Katanya, anaknya yang masih kecil itu memerlukan ayah dan tidak mahu Fatih mengetahui keadaan bapanya nanti.

“Ini kerana anak saya. Dia bagaimanapun, tetap suami dan bapa kepada anak saya,” katanya.

Lesti Kejora menambah, Rizky juga telah meminta maaf dan mengakui kesalahannya. Malah, suaminya itu turut meminta maaf kepada keluarganya atas apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, dia mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya serta keluarga. Insya-Allah, keluarga, ayah dan ibu memaafkan perbuatan suami,” sambungnya.

Lesti Kejora memaklumkan, momen memaafkan itu juga dilengkapi dengan perjanjian  yang dipersetujui bersama. DIa bagaimanapun, enggan mendedahkan isi perjanjian tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROALD DAHL'S MATILDA THE MUSICAL

ROALD DAHL’S MATILDA THE MUSICAL Bakal Hadir ke Netflix pada 25 Disember

Terpaksa Ditidurkan, Sissy Imann Mohon Doa & Maaf dari Semua