in ,

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma’s

Untuk bulan September ini, Budiey dengan kerjasama Tony Roma’s akan terus menganjurkan peraduan LEPAK & MAKAN bersama selebriti yang bakal diadakan di Restoran Tony Roma’s, cawangan Melawati Mall iaitu pada 20 September 2018.

Pada Ogos lalu, Budiey telah berjaya mengadakan pertemuan 10 orang peminat Sean Lee dan Awi Rafael di LEPAK & MAKAN di Tony Roma’s. Syukurlah segalanya berjalan lancar. Tahniah buat 10 orang pemenang. Ternyata, acara makan malam yang cukup santai meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Selain dapat menikmati hidangan terbaru dari restoran terkemuka ini, semua nampak sangat gembira dapat berbual-bual bersama Sean Lee dan Awi Rafael.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam sebulan, Budiey akan menganjurkan dua sessi makan dan lepak secara santai bersama selebriti. Inilah masanya untuk korang mengenali dan bergambar dengan lebih dekat dengan artis pujaan anda!

Untuk setiap sessi tu, seramai 5 orang Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama seorang selebriti. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma's

Untuk makan malam seterusnya, selebriti kedua yang Budiey pilih ialah Wak Doyok atau nama sebenarnya Azwan Mohd. Nor, seorang influencer, Instagramer, ikon fesyen, pelakon dan usahawan berjaya di mana korang boleh hangout bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma’s Melawati Mall.

Sebelum ini Wak Doyok dikenali dan digelar ikon fesyen dek kerana penampilannya yang berbeza dan juga pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish). Wak Doyok satu-satunya menjadi antara ikon muda yang berani tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an.

Biarpun pernah dipandang pelik berjanggut dan berjambang tebal untuk lelaki muda, namun kini sudah ramai lelaki muda tampil dengan imej sama sepertinya.

Turut dikenali sebagai pengusaha jenama fesyen The Garment, bukan sahaja imejnya yang menjadi ikutan, menjadi sebutan kerana penampilannya kini menjadi ikutan kebanyakan kebanyakan pencinta fesyen pada hari ini.

Wak Doyok

Setakat ini, Wak Doyok sudah mempunyai 1.8 juta pengikut di laman Instagram. Wow ramainya peminat Wak!

Kini tidak hanya meraih populariti di atas imejnya semata-mata, kekerapan jejaka berusia 36 tahun ini muncul di kaca TV menyebabkan dia cepat meraih populariti sama seperti selebriti popular.

Jadi, kepada korang yang menjadi peminat atau pengikut setia Wak Doyok, jangan lupa sertai peraduan ini ya.

Satu lagi sesi bulan September akan diadakan bersama selebriti lain pula. Selebriti mana korang nak sangat makan dan ngedate? Citer sikit kat ruangan komen. Follow Instagram @budiey @budieyators

Wak Doyok

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma’s

[dropcap]A[/dropcap]nda menjadi peminat setia dengan Wak Doyok? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya. Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menyatakan kenapa anda nak sangat duduk bersantai sambil makan bersama Wak Doyok di Instagram korang!

Jangan lupa tag @budiey @wakdoyok @trmalaysia pada posting di Instagram tersebut. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #LepakMakanWakDoyokTonyRomas #budiey #budieyators #tonyromas

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Buat satu posting dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan buat satu posting anda dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @wakdoyok @trmalaysia serta hashtag: #LepakMakanSeanLeeTonyRomas #budiey #budieyators pada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui E-MEL bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Wak Doyok di Tony Roma’s kerana.… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma’s

Tarikh tutup peraduan:

17 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212

Didi & Friends Anjur Karnival 1 Bilion Didi & Friends