in ,

Leonardo Dicaprio Tom Hanks Dalam Filem Catch Me If You Can Di TV2

LEONARDO DICAPRIO DAN TOM HANKS MUNCUL MENERUSI FILEM CATCH ME IF YOU CAN DI TV2

Kepada peminat dua aktor terkenal Leonardo DiCaprio dan Tom Hanks yang disatukan menerusi filem Catch Me If You Can sekitar tahun 2002 lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangannya untuk hiburan malam minggu anda mengisi slot Saturday Nite Special On 2 pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), jam 10.00 malam di TV2.

Catch Me If You Can filem drama komedi jenayah popular diinspirasikan daripada kehidupan lelaki dikenali Frank Abagnale Jr. arahan pengarah tersohor Steven Spielberg ini menampilkan gandingan hebat aktor terkenal Leonardo DiCaprio memegang watak utama sebagai Abagnale bergandingan dengan Tom Hanks, Christopher Walken, Amy Adams, Martin Sheen dan Nathalie Baye.

Segalanya bermula dengan watak Abagnale Jr. hidup bahagia bersama keluarganya namun segalanya berubah apabila keluarganya berdepan masalah hingga mereka terpaksa berpindah daripada rumah elit ke pangsapuri murah. Dalam diam ibunya Paula pula menjalinkan hubungan sulit dengan teman baik ayahnya. Sejak itu kehidupan mereka sekeluarga mula porak-peranda dan kemuncaknya kedua ibu bapanya memfailkan perceraian mereka. Seolah terasa dirinya diabaikan, Abagnale Jr. membesar menjadi remaja yang nakal dan gemar menipu. Malah turut menyamar sebagai seorang juruterbang dan melakukan kesalahan besar memalsukan pendaftaran nama dan identiti orang lain. Kelicikan Abagnale Jr. menipu hingga berjaya mencuri sejumlah wang lebih daripada 2.8 milion ringgit.

Dalam pada itu, Carl Hanratty, seorang agen penyiasat antarabangsa mula melakukan misi untuk memerangkap Abagnale Jr. dengan sedikit bantuan daripada orang dikenalinya. Carl dan Abagnale Jr. Bertemu di sebuah hotel buat pertama kalinya dimana Abagnale Jr. meyakinkan Carl dengan identitinya sebagai Barry Allen. Abagnale Jr. meninggalkan kawasan itu di luar pengetahuan Carl yang menimbulkan kemarahannya.

Hinggalah bila tibanya Krismas, Abagnale Jr. menghubungi semula Carl untuk meminta maaf di atas pemergiaannya yang tidak dimaklumkan kepada temannya itu. Namun Carl tidak menjawab panggilannya itu hinggalah mendengar alasan Abagnale Jr. yang memberikan alasan dirinya perlukan teman berbual. Kesempatan itu digunakan Carl untuk terus menyiasat.

Abagnale Jr. dalam pada itu kemudiannya berubah menyamar sebagai doktor dan peguam di Louisiana yang kemudiannya jatuh cinta terhadap wanita bernama Brenda Strong, seorang jururawat di Georgia. Carl mencadangkan agar temannya itu bertunang dengan gadis pilihannya. Abagnale Jr. pula berterus-terang tentang identiti sebenar dirinya kerana terlalu mempercayai Brenda dan berhasrat mahu melarikan diri memulakan kehidupan baru dengannya di Eropah.

Tujuh bulan kemudian, Carl memaklumkan kepada ketuanya menyatakan Abagnale Jr. melakukan pemalsuan cek hingga ke seluruh dunia dan segalanya di luar kawalannya. Dia lantas mendapatkan kebenaran untuk terbang ke Perancis mengenangkan teman baiknya itu pernah memberitahu ibunya berasal dari Montrichard, Perancis untuk menjejaki temannya itu.

Lalu bagaimanakah kesudahan filem yang penuh erti persahabatan ini? Dapatkah mereka terus bersahabat meskipun kedua-duanya berada pada landasan hidup yang berbeza? Untuk mengetahui kesudahannya, sama-sama kita saksikan filem komedi mendebarkan Catch Me If You Can mengisi slot Saturday Nite Special On 2 pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program TV Media Prima Yang BEST Untuk 2010

Drama Dari Mata Ke Hati