in , ,

Lensa Viral Baharu Daripada Snapchat Diguna Oleh 1.3 Bilion Pengguna

Lensa terbaharu daripada Snapchat ‘Crying Lens’ kini sedang viral di serata dunia. Beberapa selebriti tempatan juga telah mula menggunakan lensa popular ini.

Lensa viral baharu daripada Snapchat memberi 1.3 bilion pengguna berlinangan dengan air mata palsu

Lensa baharu yang dikenali sebagai Lensa Menangis sedang melanda Snapchat, Spotlight (platform hiburan dalam aplikasi Snapchat untuk kandungan pengguna) dan platform lain seperti TikTok dan Instagram. Malah ia digunakan oleh selebriti tempatan Malaysia! Lensa viral ini memberikan kesan linangan air mata yang sangat realistik pada muka anda atau rakan anda.

Lebih 180 juta Snapchatters telah menggunakan Lensa Menangis baharu ini dan telah ditonton sebanyak 1.3 bilion kali sejak dilancarkan. Ianya juga telah menjadi viral di platform-platform lain dengan lebih 100 juta tontonan.

Ikuti bagaimana selebriti-selebriti tempatan kita menggunakan Lensa Menangis sebagai hiburan bersama rakan mereka di platform lain:

  • Nad Zainal menggunakan lensa semasa di set pengambaran (lihat di sini)
  • Wawa Zainal dan rakan menggunakan lensa terbaharu (lihat di sini)
  • Khairul Aming bergurau menggunakan lensa Snapchat pada rakannya semasa berhari raya (lihat di sini)

Anda boleh mencuba lensa ini di Snapchat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR

HONOR Magic4 Pro Akan Dilancarkan di Malaysia Pada 1 Jun Ini

ELICA PAUJIN

Cara Astro Go Shop Sambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2022