Cinta itu anugerah yang terindah daripada Allah. Allah memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Maira mengenakan syarat kepada lelaki yang ingin mencintainya. Lelaki itu hendaklah mencintai Allah dan Rasul terlebih dahulu sebelum menyintai dirinya. Dalam diam, Maira jatuh hati pada Fansuri.
Dibintangi pelakon Fouziah Gous, Shah Jaszle, Fazreen Rafi, Khatijah Tan, Syakila Khoriri, Mardiana Alwi, Dilla Ahamad, Syawal dan Azrel Ismail, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bersiri adaptasi daripada novel menggunakan tajuk sama, “Lembayung Kasihmu†mulai 8 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang di TV2.
Adaptasi Novel “Lembayung Kasihmu†Temukan Shah Jaszle dan Fouziah Gous di TV2
[dropcap]D[/dropcap]rama 13 episod arahan Rosdi Md. Dali dan terbitan NHF Productions ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Maira Asmara yang melakukan dua pekerjaan dalam sehari demi menampung keluarga, bagi membantu ibunya. Ayahnya lumpuh akibat kemalangan 8 tahun yang lalu.
Maira mempunyai seorang kekasih, tapi kekasihnya tidak setia kerana sudah jemu dengan alasan Maira. Kematian ayahnya dan kehilangan Hasrie kekasihnya yang telah berkahwin dengan gadis lain menyebabkan Maira merasa terlalu sedih dan kecewa, tapi akhirnya dia sedar, sudah takdir, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tentu Allah akan menggantikan yang lebih baik dari Hasrie, lalu dia redha dan pasrah.
Maira berhenti kerja di pejabat kerana tidak suka dengan perangai bosnya yang suka mengambil kesempatan. Maira kemudiannya mendapat pekerjaan baru sebagai orang gaji kepada Datin Rosnah yang lumpuh. Maira menjaga dan merawat dengan penuh keikhlasan dan dengan izin Allah, Datin Rosnah sembuh dan pulih seperti biasa. Semua ahli keluarga datin menyayangi Maira kecuali anak lelaki bongsunya yang sering membenci dan mendera Maira. Maira menjadi keliru, apakah wajahnya seiras dengan bekas tunang anak lelaki datin bernama Fansuri itu, sehinggakan setiap kali bersua muka ada saja yang tak kena dimata lelaki tersebut. Maira menjadi geram dan benci kepada Fansuri.
Fansuri pula sudah tidak dapat menyembunyikan rasa hatinya lagi, dia bersikap kejam terhadap Maira adalah untuk melarikan diri dari jatuh cinta kepada gadis itu, sebab dia pernah bersumpah tidak akan jatuh cinta dengan mana-mana perempuan, padanya semua perempuan adalah sama, jahat dan suka mengambil peluang. Tapi dia silap, cinta itu hadir tanpa dipaksa. Cinta itu anugerah ALLAH yang terindah.
Dalam diam Maira mengintai kekacakan Fansuri. Bila Fansuri mahu berdamai, Maira sambut dengan berlapang dada. Maira jatuh hati dengan perwatakan Fansuri yang baru berjinak-jinak dengan agama. Fansuri juga menyintai Maira dalam diam. Kehadiran Maira dalam keluarganya sungguh bererti, Maira membawa banyak perubahan, Maira mengajar Datin Rosnah sembahyang dan mengaji, mereka semua mula memilih hidup dalam beragama.
Maira hanya menyembunyikan rasa cintanya kerana dia pernah terdengar Fansuri berkata dia tidak akan sekali-kali memilih orang gaji sebagai pasangan hidupnya. Maira sedar jurang antara dirinya dengan Fansuri bagai langit dengan bumi hingga Maira kemudiannya mengambil keputusan menyambung pengajian di London. Di samping mahu melarikan diri daripada Fansuri, Maira juga mahu mencari kekasih dalam mimpinya. Hati Maira berat mengatakan dia akan bertemu Ahmad, kekasih alam mimpinya di London.
Kehilangan Maira menjadi tamparan yang hebat kepada Fansuri, dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah menyatakan hasrat hatinya pada Maira, dia fikir Maira tahu apa yang dia rasakan. Maira pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal padanya, kalaulah dia tidak ego selama ini, tentu Maira telah menjadi miliknya.
Namun adakah cinta mereka kembali bersatu? Dapatkah Maira bertemu dengan lelaki misteri yang datang dalam mimpinya? Apakah hubungannnya dengan Fansuri?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.