Bagaimanapun, baru-baru ini Fatin dilihat ada memuat naik foto OOTD hitam putih sambil memakai topeng muka. Meskipun, wajahnya tidak jelas kelihatan namun tetap ada yang meninggalkan komen berunsur ‘lucah’.
Menerusi ruangan komen, Fatin memaklumkan dia akan mengambil tindakan terhadap seorang netizen yang menghantar gambar ‘siput sedut’ menerusi DM.
Menurut Fatin, lelaki berkenaan telah melakukan serangan seksual terhadapnya dengan menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.
Dalam pada itu, komen Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju dengan teguran lantang dilakukan serta berharap tiada lagi lelaki miang menghantar gambar bukan-bukan kepada pelakon itu.