Penyanyi irama Country, Joe Diffie, 61, dilapor meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi jangkitan koronavirus, lapor portal hiburan E! News.
“Joe Diffie meninggal dunia hari ini, Ahad, 29 Mac, akibat komplikasi koronavirus.
“Keluarganya memohon diberi ruang privasi pada ketika ini.”
Berita kematian Diffie menyusul selepas pengakuan artis itu di akaun Facebook bahawa dia menghidap COVID-19.
“Saya di bawah jagaan pakar perubatan dan sedang menerima rawatan,”
Joe amat disayangi peminat dan pendokong industri muzik.
Sepanjang kariernya, mendiang pernah menghasilkan lebih 20 lagu hit termasuk “Home,” “If the Devil Danced (In Empty Pockets),” “New Way (To Light Up an Old Flame),” dan “Honky Tonk Attitude”.