in ,

Malam Lima Bintang di Lees Hotel Kaohsiung

Kaohsiung merupakan merupakan bandaraya kedua paling popular selepas Taipei di Taiwan. Malah sejak adanya penerbangan tambang murah secara langsung ke situ, ia sudah mula menjadi pilihan untuk bercuti. Ini pasti kerana kemudahan dan infrastruktur Kaohsiung yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat menarik di situ, ia memang wajar menjadi pilihan ramai.

Untitled

Dan sekiranya mencari tempat penginapan, Kaohsiung juga mempunyai banyak hotel dan tempat penginapan pada harga yang sangat berpatutan! Namun bagi anda yang gemarkan bermalam di hotel mewah, The Lees Hotel Kaohsiung merupakan hotel yang sesuai dan termasuk sebagai salah satu penginapan berbintang lima terbaik di Kaohsiung!

Ia mempunyai lokasi yang sangat strategik dan terletak tidak terlalu jauh dari stesen MRT Sinyi Elementary School (seperti sistem MRT di Singapura). Ia juga menawarkan pemandangan gedung-gedung pencakar langit Kaohsiung.
Dengan 230 buah bilik dari pelbagai taraf (superior, grande, quadruple, Premier, Noble, Lees dan Presidential suite), hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir.

Kesemua bilik-biliknya dilengkapi kelengkapan serta kemudahan terkini dan berkualiti tinggi dari TV layar leper sehinggalah barangan mandian berjenama. Ini sebagai bukti mereka yang ingin memberikan yang terbaik buat para pelanggan yang datang menginap di situ.

Bilik-bilik Grande dan yang bertaraf lebih tinggi mempunyai ruang tamu masing-masing selain bilik tidur yang luas.

Semestinya, para penghuni bilik-bilik ini mempunyai ruang santai mereka tersendiri untuk menikmati pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan internet wi-fi, sarapan khas, makan tengah hari ringan serta minum petang yang lebih istimewa.

Berkat keluasannya, Lees Hotel Kaohsiung juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain yang terletak di Pusat Riadah Caribbean. Di situ, ada tersedia sebuah kolam renang air panas dalam bangunan, kolam renang kanak-kanak, gimnasium untuk bersenam, sebuah sauna hinoki, bilik wap (steam room), dan juga kolam air sejuk atau ‘cold pool’ berasingan buat lelaki dan wanita. Ia juga mempunyai sebuah spa dan juga kolam renang istirahat berhaba untuk kegunaan para tamu.

Untuk menjamu selera pula terdapat juga beberapa restoran serta tempat makan. Berserta kemudahan-kemudahan hotel yang lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini memang sesuai buat anda yang menyenangi kemewahan.

Kalau soal menjamu selera pula, mereka mempunyai Cercle Buffet untuk tujuan sarapan dan makan sepanjang hari serta Flavours Cuisine dan Corner Cafe Bar untuk pilihan para tamu. Kesemua restoran tadi menawarkan sajian makanan serta minuman yang lazat. Dan mereka sangat prihatin kerana mengasingkan makanan berteraskan sayuran (vegetarian) dengan makanan yang menggunakan daging dalam masakan.

Andai anda mahu menikmati kemewahan yang gah dan melihat keindahan pencakar langit Kaohsiung serta pemandangan sekitarnya, bermalamlah di Lees Hotel Kaohsiung kalau berkunjung ke kota ini. Ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Malam Lima Bintang di Lees Hotel Kaohsiung
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bakat Penyanyi Malaysia Menyinar di D’Academy ASIA Indosiar

Seronok Bersantai di Parkroyal Beach Road Singapura