in , ,

Lee Joon Asia Tour Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur 22 September Ini

Bintang K-drama Lee Joon Gi akan bertemu peminat di Malaysia buat kali pertama di 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR JOONGI’S DAY: FESTIVAL in Kuala Lumpur. Tiket mula dijual 26 Julai ini, dengan menampilkan pelbagai faedah eksklusif untuk peminat.

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan serba boleh, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dan ini juga merupakan penampilan sulungnya di negara ini!

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment selaku Penganjur Bersama, 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY: FESTIVAL> in Kuala Lumpur pasti akan mencatat kenangan indah jika anda hadir di Mega Star Arena, KL pada 22 September ini mulai jam 6 petang.

Lee Joon Asia Tour Joongi's Day: Festival in Kuala Lumpur 22 September Ini

Peminat yang sebelum ini hanya menonton lakonannya menerusi K-drama dan filem di skrin, kini anda dapat menatap wajahnya secara langsung. Pada pertemuan itu kelak, penonton bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Lee Joon Gi, malah dapat menonton persembahan menarik daripada beliau yang terkenal dengan gerak tari dan vokal yang mengkagumkan.

Lee Joon Gi memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai model dan mendapat peluang berlakon untuk watak kecil sahaja. Namun namanya mula menjadi popular selepas beliau melakonkan watak utama dalam filem “The King and the Clown”, diikuti dengan siri romantik komedi “My Girl” yang melonjakkan lagi namanya dalam industri.

Beliau juga digelar sebagai “Raja Sageuk” atau “Raja Drama Bersejarah” kerana sering melakonkan watak utama dalam banyak drama bersiri seperti “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”, “Scholar Who Walks the Night”, “Arang and the Magistrate” dan “Iljimae”.

Lee Joon Asia Tour Joongi's Day: Festival in Kuala Lumpur 22 September Ini

Sesuai dengan reputasinya sebagai pelakon serba boleh, beliau telah membintangi K-drama pelbagai genre seperti “Arthdal Chronicles”, “Again My Life”, “Flower of Evil” bersama Moon Chae Won, “Lawless Lawyer” dengan Seo Yea Ji dan banyak lagi. Lee Joon Gi membuat debut di Hollywood menerusi filem “Resident Evil: The Final Chapter”.

Sepanjang karier lakonannya, Lee Joon Gi telah memenangi pelbagai anugerah daripada Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah Drama KBS dan juga di pentas antarabangsa, antaranya di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

Sebagai penyanyi, Lee Joon Gi telah mengeluarkan beberapa lagu yang mempamerkan gaya yang berbeza. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri dengan tali pinggang hitam dalam taekwondo, hapkido dan taekkyeon.

Lee Joon Asia Tour Joongi's Day: Festival in Kuala Lumpur 22 September Ini

Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk setiap pembelian tiket yang boleh dibeli di www.ticketingtix.com mulai 12 tengah hari, Jumaat, 26 Julai 2024 pada harga berikut, tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:

Zon VIP-RM798

(Faedah Peminat: Poster Ditandatangani Personal untuk 23 peminat, Poster Bertandatangan untuk 80 peminat, Foto Peribadi (1:1) untuk 30 peminat, Foto Berkumpulan (20:1) untuk 280 peminat, Soundcheck dan Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 1-RM668

(Faedah Peminat: Poster Bertandatangan untuk 70 peminat, Foto Berkumpulan (20:1) untuk 20 peminat, Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 2-RM538 (Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)

CAT 3-RM358 (Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)

Untuk maklumat lanjut, Ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram dan Facebook

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejadian Aneh Lepas Jumpa Telefon Nur Farah Kartini, Ini Respon Da’i Hadhari

Sambut Ulang Tahun Ke-50 Sunway Malls Yang Meriah di Seluruh Negara