Video “The Dance Song (Malaysian Traditional Dance Version)†berdurasi selama tiga minit itu memaparkan persembahan tarian tradisional yang cukup memukau daripada penari-penari pelbagai latar belakang dengan melodi rancak serta up-to-beat lagu ‘The Dance Song’.
Sungguhpun lagu nyanyian “The Dance Song†diadun dengan bait-bait rap Inggeris dan Tamil, penari-penari dalam video ini mempersembahkan gerakan tari yang cukup indah, lincah dan bertenaga tanpa rasa kekok dengan aneka tarian tradisi Malaysia seperti Zapin Melayu, Tarian Kipas Cina dan Bharatha Natyam India.
Tak mustahil rentak muzik trap dengan lantunan rap bersahaja Yung Raja menjadikan kareografi tradisional Malaysia senada, lebih-lebih lagi dipersembahkan artis tari profesional tanahair antaranya Alam Wakaka (Muhammad Haslam Abdul Rahman), Izzazly Fikry Kamri dan Kalaiasan Sivalingam yang mempersembahkan tarian Zapin Melayu.
Bagi tarian tradisional kipas dan sapu tangan cina pula ditarikan oleh pasangan Wong Chi Yin dan Douglas Philip Labadin. Lenggok tarian tradisi India yang cukup mengasyikkan pula ditarikan oleh artis tari Nadiah Rahmat, mendapat khidmat koreografer popular Mohd Nurul Azmie Zanal Abdden.
Tarian tradisional yang menampilkan kreativiti kareografi yang hebat menerusi lagu “The Dance Song†ini merupakan inisiatif syarikat rakaman Def Jam Malaysia dan Universal Malaysia untuk mengetengahkan warna-warni tarian tradisional Malaysia di samping mempromosikan single terbaru Yung Raja yang semakin mendapat tempat peminat muzik tempatan. Dengan harapannya, lagu ini terus diterima, menjadi hit dan viral di semua pelantar muzik tanahair.
Walaupun baru sahaja dimuatnaik menerusi laman akaun Youtube Universal Malaysia, netizen menyambut baik dengan memberi komen-komen positif terhadap video terbaru ini. Malah, ada peminat yang datangnya dari negara Indonesia meminta untuk pihak Def Jam Malaysia mengembangkan pengaruh “The Dance Song†mendapat sentuhan kareografi tarian kebangsaan mereka pula. “When Indonesian?†komen salah seorang penonton yang menggunakan nama akaun Apriliaiksan Lizan, di laman Youtube Universal Malaysia.
Seorang lagi pengguna dengan nama akaun ECX Project By Joey nyata teruja dengan penampilan tarian tradisional ini dengan memberi komen “Wohooooooo!!! Malaysia let’s gooooâ€.
Single terbaru Yung Raja ‘The Dance Song’ mendapat sentuhan penerbit terkenal Singapura, Flightsch diadun dengan melodi cukup sempurna apabila kekemasan susunan muzik serta irama hiphop moden trap digarap dengan bunyian yang mengasyikkan. Buah tangan terbaru Yung Raja membuatkan sesiapa saja mendengarnya akan layan sambil menganggukkan kepala mengikut rentak atau menari dengan girang.
Susun kata berseni nyanyian rap bintang mendapat jolokan tona suara Lil Pump Asia Tenggara ini cukup meledak setiap kali beliau tampil dengan single terbaru. Buktinya Yung Raja mendapat lebih tiga juta aliran di pelantar muzik Spotify dan laman Youtube menjadikan dia sebagai bintang trap terulung di rantau ini.
Single Ketiga & Terbesar
“Ini adalah karya seni saya ketiga dan yang terbesar”, jelas Yung Raja mengenai pandangannya mengenai ‘The Dance Song’. Tambahnya lagi, karya ketiganya ini merupakan pengalaman baru dan penentu kayu ukur bagi dirinya sendiri.
“Baik penggunaan bahasa atau rima lagu itu sendiri, ‘The Dance Song’ merupakan karya saya paling unik yang belum pernah saya sajikan sebelum ini. Sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Tamil, mesej dalam setiap baris mudah difahami. Setiap baris rap mengandungi elemen lucu dan sudah pastinya daya penarik yang ada pada diri saya,†jelasnya lagi.
Mengambil inspirasi penyanyi rap popular Lil Wayne sebagai pengaruh yang kuat, keunikan utama dalam ‘The Dance Song’ ialah penyampaian bar-ke-bar paling pantas pernah digarap oleh Yung Raja dalam karyanya! Ya, pendengar boleh menyamakan kelajuan rap setanding Busta Rhymes, Logic, Twista ataupun tidak keterlaluan boleh dikatakan setanding penyanyi rap living legend, Eminem! Pendengar mampu menilai sendiri!
Sungguhpun banyak elemen lucu, sarkastik dan penyampaian rap secara terus dan ceria, bintang rap dari negara Singa ini menzahirkan kejujuran dalam setiap lagunya. Tidak lekang dengan ukiran senyuman pada wajahnya yang tampan, Yung Raja menyatakan kejujuran menjadi seorang artis amat penting ketika menghasilkan lagu terbarunya ini. Beliau mendakwa ramai penyanyi rap di luar sana berusaha keras untuk memperlihatkan diri mereka hebat atau kelihatan cool.
“Saya tidak tahu kenapa, saya lihat ramai rapper di luar sana begitu obses kelihatan cool setiap masa”, kata Yung Raja. Atas dasar itu jugalah “The Dance Song” direncanakan bukan sahaja untuk pendengar, sebaliknya ditulis untuk menghibur dan menggembirakan dirinya sendiri. Apa yang lahir daripada karyanya mencerminkan perasaan yang sama.
“The Dance Song (Traditional Malaysian Dance Version) boleh ditonton menerusi akaun Youtube Universal Music Malaysia bermula 16 November 2020.
Serentak dengan pelancaran “The Dance Song”, Yung Raja akan mengajak para peminatnya untuk bangun dan menari sebebasnya dengan #TheWigglyChallenge di TikTok mulai 14 Oktober 2020. Sejajar dengan prinsip Yung Raja sebagai seorang artis, #TheWigglyChallenge bertujuan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya. Rapper muda ini berharap cabaran TikTok ini adalah salah satu cara dia dapat terus menggunakan muzik dan suaranya untuk menyebarkan positivity.
Teruja dengan #TheWigglyChallenge tersebut, artis seperti Fariz Jabba, SonaOne, Yonny Boi, Iman Fandi dan bintang TikTok tempatan popular Germaine Tan, Jaze Phua (@jazephua), Didi (@badgaldidi) akan memberikan sokongan mereka dengan menyahut cabaran hashtag TikTok tersebut.
MENGENAI YUNG RAJA
Artis kelahiran Singapura, Yung Raja yang dikenali sebagai artis Hip Hop dwibahasa avant- garde Asia Tenggara dan gabungan budaya Barat dan Tamil dalam liriknya. Yung Raja mendapat kejayaan viral di Malaysia dan Singapura berikutan penerbitan single sulungnya “Mustafa”. Single keduanya, “Mad Blessings”, mendapat pujian dari penyanyi rap antarabangsa Lupe Fiasco dan M.I.A. dan merupakan lagu Inggeris-Tamil pertama yang dimainkan di Stesen Radio Melayu terkemuka, Era. Berbekalkan dua lagu, rapper ini telah mengumpulkan lebih dari 3 juta aliran di Spotify dan lebih dari 3 juta tontonan di YouTube. Dikagumi kerana kelancaran rap dalam dwibahasa Inggeris dan Tamil yang lancar dan gabungan dua budaya yang berbeza sebagai titik awal untuk meraikan penerimaan kepelbagaian dalam masyarakat. Yung Raja telah bekerjasama dengan jenama mewah bertaraf antarabangsa seperti BVLGARI, Gucci, Louis Vuitton, antara artis yang diberi kepercayaan membantu menyumbangkan idea untuk rekaan produk Adidas. Yung Raja pernah menghiasi muka depan majalah Esquire Singapore (Mei 2020), Men’s Folio (November 2019) menjadi pengisian eksklusi dalam Majalah Wanita. Pada tahun 2019, Yung Raja memenangi Anugerah Akademi Asia untuk Penyampai dan Hos Terbaik Kategori Hiburan/Gaya Hidup untuk karyanya di Yo! MTV Raps. Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura, Yung Raja berhasrat untuk mengubah pemikiran masyarakat di dalam dan di luar negaranya, memberi inspirasi kepada generasi baru tentang pemuliharaan budaya serta mengangkat Hip Hop Asia Tenggara ke pentas kelas dunia melalui muziknya. Pada tahun 2019, rapper itu menandatangani kontrak dengan Def Jam South East Asia.