in , ,

Lebih Inovatif! TGV Cinemas Buka Cawangan Baharu di TGV Pavilion Bukit Jalil

Wow! Siap ada WiFI percuma untuk keselesaan penonton! TGV cawangan Bukit Jalil ni lain macam betul! Korang kena cuba datang dan rasai sendiri!

TGV Cinemas meraikan pelancaran lokasi terbaru mereka, TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan persekitaran yang lebih inovatif, menarik, dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman tontonan filem. 

Dilengkapi dengan 16 dewan dan 1,555 jumlah tempat duduk, setiap dewan dilengkapi dengan 100% skrin digital, kerusi rehat yang selesa, dan ruang kaki yang luas untuk keselesaan optimum. 

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman Penonton Filem di Lokasi Terbaru TGV Pavilion Bukit Jalil

TGV Cinemas juga telah bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan “City of Play” terbesar di TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan keluasan 2,041 kaki persegi. 

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman Penonton Filem di Lokasi Terbaru TGV Pavilion Bukit Jalil

TGV Pavilion Bukit Jalil ini juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology, yang memberikan pengalaman tontonan filem yang imersif dan multidimensional yang lebih realistik serta kualiti gambar yang lebih cerah dan realistik dengan kontras warna yang lebih dalam. 

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman Penonton Filem di Lokasi Terbaru TGV Pavilion Bukit Jalil

TGV Pavilion Bukit Jalil mempamerkan ruang legar dengan pengalaman audiovisual multisensori yang tiada tandingan, lengkap dengan skrin LED dari lantai ke siling yang memukau untuk tayangan filem yang lebih dinamik. 

Penonton filem dialu-alukan untuk bersantai dan bersosial di ruang rehat yang direka mengikut tema filem sambil menikmati Wi-Fi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam. 

Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge yang eksklusif untuk pengalaman menonton filem premium serta dua dewan Beanie, di mana para penonton boleh menonton filem dalam pod beanbag.

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman Penonton Filem di Lokasi Terbaru TGV Pavilion Bukit Jalil

Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, berkata,

“TGV Cinemas komited untuk menerajui inovasi sinematik dan menyampaikan pengalaman menonton filem yang luar biasa.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan pawagam kami sebagai pilihan tempat untuk meluangkan masa membawa rakan, keluarga, dan insan tersayang.

Kami mengalu-alukan semua untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ini dan merasai dewan baharu kami secara langsung.”

– Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas
TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman Penonton Filem di Lokasi Terbaru TGV Pavilion Bukit Jalil

Saksikan filem Marvel Studios’ The Marvels dalam IMAX bermula dari 9 November 2023 untuk pengembaraan sinematik yang tiada tandingan di TGV Pavilion Bukit Jalil hari ini!

Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sejak 13 Tahun Lepas ‘Perang Dingin’, Neelofa Akhirnya Terdetik Nak Jumpa Fazura

HONOR X9b 5G

Laku Keras! Pratempah HONOR X9b 5G Berjaya Raih Lebih RM10 Juta