Menurut Dato’ Seri Siti, dia dan pengurusnya ada memikirkan perkara tersebut namun belum mempunyai kata putus.
“Saya sendiri juga terfikir untuk wujudkan galeri saya di Kuala Lipis, Pahang.
– Dato’ Seri Siti
Mungkin saya perlu masa dan ruang untuk duduk dan berbincang lebih serius lagi, sebagai ingatan dan kenangan.
Saya terfikir di suatu tempat, mungkin di Kuala Lipis atau Kuala Lumpur, itu apa yang saya dan pengurus fikirkan dan bincang. Tapi masih belum direalisasikan,’
Siti Nurhaliza lebih selesa sekiranya galeri tersebut diwujudkan hasil inisiatifnya sendiri.
“Sememangnya setiap legenda ini perlu ada satu tempat yang boleh jadi rujukan untuk peminat-peminat.
“Cuma kita perlu betul-betul serius sebab dia adalah fakta dan barang- barang yang menggamit memori dan kejayaan.
“Lebih bagus saya buat sendiri sebab ia daripada diri kita sendiri, kalau orang luar mungkin fakta itu kurang tepat dan sebagainya,” ujarnya.
Siti berkata demikian apabila diminta media untuk mengulas mengenai keadaan terkini rumah legenda tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang dikatakan terbiar tanpa dibaiki.
“Bagi saya sepatutnya ada pihak tertentu untuk menjaga warisan dan khazanah yang boleh diajadikan rujukan. Kerana beliau seorang legenda dalam muzik yang banyak beri kejayaan pada negara.
– Dato’ Seri Siti
“Sedih apabila saya dapat tahu perkara tersebut, tapi setiap perkara pasti ada alasannya, kita tak tahu sebab apa yang berlaku.
“Saya juga pernah buat konsert tribute kepada Allahyarham, memang segala bahan CD memang dijaga rapi oleh keluarganya,”
Dalam perkembangan lain, Siti kini muncul dengan album Sitism yang memuatkan 12 buah lagu dan mula dilancarkan di seluruh pelantar digital bermula 8 September 2023.