in

Lebih 500,000 Kunjungi Karnival Jom Heboh 2013 Putrajaya

[dropcap]K[/dropcap]emeriahan Karnival Jom Heboh diteruskan ke lokasi ketiga iaitu Putrajaya! Pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah serta kandungan program yang lebih segar dan menarik bakal berlangsung di sini selama dua hari (25 & 26 Mei 2013), khas sempena ulangtahun ke-11 Karnival Jom Heboh dan sambutan Hari Belia Negara 2013.

Bertempat di Presint 2, Putrajaya, Jom Heboh dijangka akan menerima lebih daripada 200,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai kendalian TV3 seperti Selera @ Jom Heboh, Wow! Bag Booth, Cereka dan Studio 3, Bananana! Land, Kota Ilmu dan Kiosk Perkhidmatan yang memuatkan segala maklumat, cenderamata eksklusif dan promosi program-program TV3.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,

“Alhamdulillah, saya bagi pihak TV3 amat bersyukur kerana Jom Heboh terus mendapat sambutan hangat sehingga menjangkau usia 11 tahun. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan menyajikan program-program yang terbaik buat penonton setia dan para pengunjung, Jom Heboh 2013 mahu terus dilihat sebagai platform di mana pengunjung beriadah serta mengisi waktu lapang di hujung minggu untuk orang ramai.”

“Jom Heboh tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada jutaan penonton setia dan para pengunjung yang tidak jemu datang tanpa mengira cuaca panas atau hujan. Bagi pihak TV3, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong usaha dan program TV3. Tidak ketinggalan juga, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan penganjuran Karnival Jom Heboh kali ini terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Perbadanan Putrajaya, pihak penaja, personaliti TV3 dan artis-artis yang turun padang”, ujar Izham lagi.

Secara kolektif, Jom Heboh adalah antara karnival yang paling besar dan meriah yang pernah dianjurkan. Pada usia ke-11 penganjuran Jom Heboh, ia juga menyumbangkan kepada wahana penjana minda pengunjung dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berteraskan ilmiah. Pengunjung juga dapat berhibur bersama-sama artis-artis popular dan juga personaliti-personaliti TV3. Sambil berhibur, Jom Heboh turut tidak melupakan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Tabung TV3 Bersamamu diletakkan di setiap gerai program bagi mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan.

Atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Karnival Jom Heboh dimulakan dengan program amal di lokasi-lokasi yang dikunjungi. Pada hari Khamis (23 Mei 2013), rombongan KJH 2013 yang diketuai oleh Encik Rosli Sabarudin, Pengurus Besar Kewangan Media Prima Berhad dan disertai oleh para personaliti TV3 seperti Hazrena Mohamed Kassim, Irin Putri Azmi, Norzahan Abdul Rashid, Nurul Fariha On, Siti Hasfizza Sabjahan, Mohd Fasil Mohd Idris dan Za’im Helmi Zaini telah menyempurnakan aktiviti gotong-royong membaik pulih asrama dan surau anak-anak yatim Darul ’Izzah di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Selain itu, rombongan TV3 turut menyumbangkan barang-barang keperluan surau dan cenderahati kepada anak-anak yatim.

Tarikan terbaru pada tahun 2013 semestinya Selera@Jom Heboh, Wow! Bag Booth, Bananana! Land dan Kiosk Perkhidmatan selain mengekalkan gerai Cereka, Studio 3 dan Kota Ilmu. Selera@Jom Heboh yang berkonsepkan “food pavilion” ini mengetengahkan pelbagai jenis makanan tradisi di Malaysia mengikut lokasi yang dikunjungi. Selain itu, Selera@Jom Heboh juga mempamerkan dan menjual buah-buahan tempatan yang segar keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pertandingan menghias kek, demonstrasi masakan daripada chef selebriti, Chef Zaida dan Chef Lya. Selain itu, pertandingan dekorasi kek juga diadakan dan dimeriahkan lagi dengan aktiviti – akitviti menarik yang melibatkan penyertaan pengunjung.

Wow! Bag Booth menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Di sana, selain membeli pelbagai cenderahati yang ditawarkan dalam pakej RM15 dan RM25, para pengunjung juga boleh beramah-mesra dengan artis jemputan seperti Alex Yanz, Mimie Haris dan Aman Nassim.

KJH 2013 juga akan memberi kelainan kepada kanak-kanak dan golongan remaja melalui Bananana! Land. Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di ruangan Bananana! Land Stage, B-Model Studio & B-instaSnap, Out of the Box, Little Kitchen dan gerai BoBoiBoy & Bola Kampung. Di Out of the Box, adik-adik boleh mencuba kreativiti mencipta kraftangan D-I-Y (Do-It-Yourself) dan membawa hasil tersebut pulang ke rumah selain sertai pertandingan mewarna. Aktiviti Little Kitchen, kanak-kanak berpeluang mengasah kemahiran memasak mereka sambil alami keseronokan dalam menyediakan makanan sendiri. Di gerai BoBoiBoy & Bola Kampung, kanak-kanak boleh mendaftar menjadi ahli dan membeli barangan eksklusif BoBoiBoy dan Bola Kampung.

Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menyeronokkan yang dianjurkan oleh rakan animasi Canimals, Supertots, Winx Club, Dunia Eicak, berhibur sambil belajar bersama Oxford-Fajar serta bergembira bersama Deera, Harris, Hadi dari Idola Kecil dan Muhammad Solehin dari Soccer Kids All Stars di Bananana! Land Stage. Dengan pembelian kupon RM 5 (seorang), kanak-kanak juga boleh mendapatkan solekan ‘make-over’ menjadi bintang rock, putera, puteri atau karakter animasi pilihan tersendiri dan bawa pulang gambar polaroid di B-Model Studio & B-instaSnap.

Di KJH 2013, para pengunjung juga dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa badan kerajaan seperti Pos Malaysia, PERKESO, PTPTN & Skim Pinjaman Pendidikan Nasional (SPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kiosk Perkhidmatan. Orang ramai boleh menyemak dan membuat bayaran saman, memperbaharui lesen memandu, menjelaskan bil-bil dan lain-lain lagi untuk kemudahan mereka.

Gerai Cereka juga menampilkan kelainan dengan menggabungkan program-program terbaru dari slot drama, hiburan, majalah dan dokumentari. Para pengunjung dapat beramah mesra bersama personaliti TV3 dan juga artis-artis baru dan popular yang terlibat dengan program TV3. Selain beramah mesra, para pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bersama artis, antaranya, Sembang-sembang Artis, Aneka Peraduan, ‘Dunia Tersembunyi’ (cari barang dalam tepung) dan banyak lagi. Antara barisan artis yang turun padang ialah Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Talha Harith (Akasia: Teduhan Kasih); Syazwan Zulkifli, Jay Iswazir (Aksi: Karlos); Izzue Islam, Azlee Khairi (Zehra: Sebenarnya Saya Isteri Dia).

Sementara itu, anak didik daripada program realiti Bintang Mencari Bintang, Achey dan Tocai serta pelakon-pelakon dari filem ‘Kill’ dan ‘Pecah’ seperti Christina Suzanne, Redza Minhat dan Sofi Jikan juga membuat penampilan khas di Jom Heboh Putrajaya.

Para pengunjung berpeluang menjadi penonton bertuah menyaksikan episod akan datang drama bersiri TV3, antaranya, ‘Aksi: Karlos’, ‘Lestary: Kisah Cinta’, ‘Zehra: Sebenarnya Saya Isteri Dia’, ‘Samarinda: Epilog Cinta Khirana’ dan ‘Akasia: Teduhan Kasih’ sebelum disiarkan di kaca TV di Studio 3. Mereka hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 dan simpan keratan tiket tersebut untuk cabutan bertuah. Mereka juga berpeluang memenangi cendarahati menarik menerusi pelbagai aktiviti pentas yang dijalankan di Cereka.

Kota Ilmu pula menfokuskan program ilmiah dan kerohanian TV3 seperti Al-Kuliyyah, Al-Hidayah dan Da’i. Para pengunjung berpeluang mengikuti siaran langsung program Al-Kuliyyah di Kota Ilmu pada hari Jumaat (24 Mei) dari jam 5.00 hingga 6.00 petang bersama pengacara, Mohd Fasil Mohd Idris dan Ustaz Harryanto Rokman.

Tidak ketinggalan untuk pengunjung generasi muda, TV9 di bawah jenama 9X membawakan 9X GIG bersama barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Bunkface, OAG dan Go Gerilla pada hari Ahad (26 Mei) bermula jam 9.00 malam.

Selain barisan artis yang terdiri daripada penyanyi dan pelakon, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan personaliti TV3, antaranya, Maria Tunku Sabri; Ally Iskandar, Norzahan Abdul Rashid, Nurul Fariha Onn & Zaim Helmi Zaini (Malaysia Hari Ini), Mohd Fasil Mohd Idris (Al-Kuliyyah), Siti Hasfizza Sabjahan, Hazrena Mohamed Kassim, Irin Putri Azmi & Nor Azzura Azizul Azman, Teh Syuhaida (Wanita Hari Ini); Hazlin Hussain (999 & Buletin Utama) dan Shadiya Abbas.

Jom Heboh Putrajaya menerima kunjungan daripada tetamu kehormat, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia Dan Sukan dan diiringi oleh pihak pengurusan Media Prima Berhad iaitu Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad, dan Encik Mohamad Ariff Ibrahim, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Media Prima.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan di tapak lokasi ialah:

SENARAI GERAI AKTIVITI-AKTIVITI

1. CEREKA
• Sesi ramah mesra bersama Sherry Ibrahim, Shah Iskandar Zarina Zainuddin, Talha Harith (Akasia: Teduhan Kasih), Syazwan Zulkifli, Jay Iswazir (Aksi: Karlos), Izzue Islam, Azlee Khairi (Zehra: Sebenarnya Saya Isteri Dia).
• Sembang-sembang Artis
• Aneka Peraduan
• Dunia Tersembunyi (cari barang dalam tepung)

2. STUDIO 3
• Tayangan perdana drama-drama hebat TV3 secara eksklusif, antaranya, Aksi: Karlos, Samarinda: Epilog Cinta Khirana, Lestary: Kisah Cinta, Zehra: Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Akasia: Teduhan Kasih. Hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 dan simpan keratan tiket untuk cabutan bertuah di dalam Studio 3

3.. BANANANA! LAND

• Ruang hiburan dan pembelajaran khas untuk kanak-kanak
• Serlahkan kreativiti seni dan kraftangan di Out of the Box
• Riang ria bersama maskot Boboiboy dan Bola Kampung
• Penampilan artis – Deera, Harris, Hadi dari Idola Kecil
• Penampilan Soccer Kids All Stars – Muhammad Solehin
• ‘Make-over’ dan ‘Photo Booth’

4. SELERA @ JOM HEBOH

• Demo masakan oleh chef selebriti
• Pertandingan dekorasi kek
• Pameran dan jualan buah-buahan tempatan FAMA

5. WOW! BAG BOOTH
• Aktiviti jualan cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, NTV7, 8TV, Bananana!, Hot FM, dan Tonton
• Pelbagai jenis cenderahati seperti t-shirt, buku nota, beg, pen, kipas tangan, poskad, lanyard dan banyak lagi
Sesi ramah mesra bersama Alex Yanz, Mimie Haris dan Aman Nassim.

6. MEDIA PRIMA DIGITAL – HOT FM
• Pendaftaran akaun Tonton secara percuma sepanjang hari
• Khidmat langganan akhbar digital dalam talian (e-paper) untuk Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times
• Penampilan penyampai Hot FM, AG dan Kieran
• Pelbagai kuiz dan permainan serta peluang untuk memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM 1,000.

7. TV9 • Aktiviti Pagi: Aerobik
• Berlakon bersama barisan artis – Syed Mohammad Khair Syed Hussien, Nasrizal Bin Ngasri dan Zulkifli Daud
• Penampilan band 9X GIG – Pesawat, Bunkface, OAG, OCK & Go Gerilla

SIARAN LANGSUNG DAN RAKAMAN DARI TAPAK KARNIVAL

1. Sembang-Sembang
Berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi hari Sabtu dan Ahad. Membincangkan isu-isu semasa selain menemuramah artis-artis, pihak berkuasa dan wakil penaja.

2. Al Kuliyyah
Siaran langsung dari tapak karnival jam 5.00 ptg – 6.00 ptg hari Jumaat
Topik : Muda Berhemah
Panel: Mohd. Fasil Mohd. Idris dan Ustaz Harryanto Rokman

3. Melodi
Siaran langsung dari tapak karnival pada hari Ahad jam 12.30 tengahari
Hos: Zizan & Awal Ashaari

Layari laman sesawang rasmi Karnival Jom Heboh 2013 di www.tv3.com.my/jomheboh serta laman sosial Facebook dan Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #JomHeboh2013 untuk sebarang perbualan dan komen.

Cenderahati eksklusif di Wow! Bag Booth

Selera@Jom Heboh (1)

Bananana! Land (1)

Pengunjung yang hadir memeriahkan Bananana! Land

Antara aktiviti pentas yang berlangsung di Bananana! Land

Salah satu aktiviti di Selera@Jom Heboh yang melibatkan pengunjung

Tetamu kehormat, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia Dan Sukan tampil di rancangan Melodi yang bersiaran secara langsung dari tapak Karnival Jom Heboh, P

Tetamu kehormat, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia Dan Sukan turut mengunjungi gerai Cereka untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bocik, Ajo & Titan Mara Ke Pusingan Separuh Akhir BMB

Setia City Mall Celebrates 1 Year Anniversary With Community