Gandingan serasi mereka telah menunjukkan keputusan mantap apabila berjaya meraih sambutan hangat dengan capaian tertinggi sebanyak 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3. Drama ini juga berjaya meraih 559.7 juta tontonan di laman sosial Tiktok dan capaian 476 juta di media sosial sepanjang bersiaran. (sumber: Nielsen, 13 September 2022 – 12 Oktober 2022).
Sejak menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production.
Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat.
Penonton juga telah menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.
Sekali Lagi Cinta Kembali menceritakan tentang kisah kehidupan Hayyat (Aniq Suhair) dan Aira (Siti Khadijah Halim) yang terpaut ketika Aira terpaksa menjaga Nek Som (Kismah Johar). Hayyat mula jatuh hati dengan Aira setelah melihat keikhlasannya menjaga Nek Som tetapi Hayyat tetap menafikan perasaan sendiri dek sebuah rahsia yang disorokkan pada awal. Selepas menikahi Aira, Hayyat tetap ingin menyimpan rahsianya dengan rapi.
Namun, rahsia itu mula terbongkar apabila berdepan dengan seseorang dari kisah silamnya. Dapatkah Aira menerima Hayyat secara seluruh?
Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.