[dropcap]M[/dropcap]emamg ramai yang hadir di Festival Hari Belia 2012, dikhabarkan lebih 100,000 belia yang mewakili pelbagai peringkat usia, kaum dan bangsa akan hadir. Memasuki hari ketiga hari ini, Festival Hari Belia 2013 yang berlangsung di Putrajaya, cukup meriah! Edisi kali ini menghimpunkan sebanyak 500 acara yang memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar.
Acara dan aktiviti yang memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan, diadakan sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata, program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat belia dari seluruh Malaysia serta negara jiran.
“Hari kedua festival ini berlangsung, begitu ramai anak muda membanjiri Putrajaya, harap esok dan seterusnya akan ramai lagi yang datang menawan Putrajaya ini untuk mengikuti program yang disediakan, khususnya Program Y-Avenue Rakan Muda yang merangkumi tiga segmen iaitu lorong seni, My Hobby dan My Creative.
Lebih hangat, kira-kira 20 artis popular turut menyertai dan memeriahkan lagi Festival Hari Belia tahun ini yang mana mereka turut berniaga. Peminat-peminat, jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi pakaian dan barangan istimewa artis-artis kesayangan anda yang terletak di Femes Bazaar & Y-Avenue (di hadapan Menara Ikhlas, Persint 2), dengan harga cukup berpatutan!
Antara selebriti yang membuka gerai mereka ialah Search, Afdlin Shauki, Nabil, Yasmin Hani, Julia Ziegler, Daphne Iking, Atilia Haron, Aishah Sinclair.
- Boboi By Afdlin Shauki , Harun Salim Bachik , Nabil,
- Baajookoo By Yasmin Hani , Daphne Iking , Atilia Haron
- Sf By Sazzy Falak
- Bhumi Batik By Aishah Sinclair
- Intan Ladyana
- Rack By Kilafairy
- Fashionista Sphinx By Hanez Suraya
- Hermanas By Anzalna Nasir
- Julia Ziegler
- Ainul Cookies By Ainul Aishah
- Raja Farah
- Aida Khalida
- Vox Tribe By Noh Salleh
- Karl Shafek
- Nawhki By Ikhwan Hot Fm
- Bunkface
- Forteen
- Salam Musik
- Fimie Don
- Ila Damiaa
- Mira Tilu
- Hijablista By Melda Ahmad
Sambil membeli belah, anda juga berpeluang bertemu mesra dengan artis kesayangan anda. Disamping itu, peminat juga boleh menyaksikan persembahan oleh para artis tanah air di Celebrity Planet.
Femes Baazar telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Tuan Khairy Jamaluddin, petang semalam, dan disaksikan selebriti seperti Raja Farah, Aishah Sinclair, Ainul Aishah dan Forteen. Khairy juga sempat meluangkan masa mengunjungi booth artis-artis berkenaan.
Sementara itu, malam ini, Festival Hari Belia 2013 akan lebih meriah dengan majlis pelancarannya yang akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, jam 8 malam.
Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini telah bermula sejak 2010 dengan mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran lebih sejuta belia pada tahun lepas.
Manakala penganjuran pada tahun ini diramal akan memecahkan rekod terdahulu dan dijangka seramai 2.4 juta belia akan menghadiri karnival selama lima hari itu (tamat pada hari Ahad ini).