in , ,

Lazada Raikan Ulang Tahun Jualan 12.12 Ke-10, Nissan Almera Percuma Menanti Anda!

Jangan lepaskan tawaran Brand Mega Offer dengan diskaun sehingga 50%. Kumpulkan diskaun tambahan Lazada Bonus bernilai sehingga RM320. Nikmati potongan RM5 daripada yuran penghantaran setiap hari .

Pada12.12 Grand Year-End Saleini, Lazada akan menceriakan hati rakyat Malaysia dengan ribuan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari, sambil membawakan pelbagai tawaran dan ganjaran yang hebat sempena sambutan ulang tahun ke-10 jualan mega 12.12. 

Dari sekarang sehingga 14 Disember, 50,000 baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum akan diberikan setiap hari pada jam 8PG di laman Penghantaran Percuma Lazada. Pengguna boleh mengumpulkan baucar harian tersebut dari jam 8PG hingga 12TGH HARI untuk menerima potongan RM5 secara automatik bagi yuran penghantaran apabila membeli barangan terpilih dengan ikon Penghantaran Percuma*. Berjuta-juta produk daripada beribu-ribu penjual layak untuk baucar Penghantaran Percuma ini, termasuk jenama LazMall seperti Pandora, OxWhite, dan banyak lagi. 

Lazada Raikan Ulang Tahun Jualan 12.12 Ke-10, Nissan Almera Percuma Menanti Anda!

“Jualan mega Lazada telah berkhidmat selama sedekad untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan berbagai peniaga kecil, jenama, dan perniagaan dalam talian. Jualan mega kami yang bermula apabila Lazada hanya berusia beberapa bulan dengan cita-cita untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital tempatan, kini telah berkembang dan dianggap sebagai piawaian industri. Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli kami dan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada, pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini,” kata Rick Ting, Ketua Pertumbuhan Pengguna, Lazada Malaysia.

Bukan itu sahaja; rakyat Malaysia juga boleh menantikan berbagai tawaran luar biasa dan hadiah lumayan berupa sebuah kereta Nissan Almera Turbo dalam Lazada 12.12 Grand Year-End Sale dari 12 hingga 14 Disember.

Lazada Bonus: Kumpulkan diskaun tambahan bernilai sehingga RM320 

Sebagai hadiah istimewa daripada Lazada kepada penggunanya, setiap rakyat Malaysia juga boleh mengumpulkan Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 bermula dari 5 Disember. Pengguna boleh mengumpulkan Lazada Bonus penuh berjumlah RM320 dengan mengunjungi aplikasi Lazada setiap hari, bermain permainan Lazzie Star, menyempurnakan misi LazCoins, kongsikan Lazada Bonus di media sosial, dan dari masa ke masa melayari lamanJualan 12.12 Lazada untuk melihat produk yang ditawarkan*. 

Sepanjang Jualan 12.12 Lazadadari 12 hingga 14 Disember, Lazada Bonus yang dikumpulkan boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan bagi produk dengan lencana Lazada Bonus*. Lazada Bonus boleh ditambah kepada diskaun dan baucar sedia ada merentasi pelbagai kedai, untuk memberikan diskaun tambahan 10%. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpulkan, lebih besar penjimatan. 

Potongan Sehingga 50% Daripada Brand Mega Offers di LazMall

Sama ada untuk mendapatkan peranti elektronik, perhiasan rumah, produk kecantikan, fesyen, barang keperluan dapur atau apa jua barangan lain, rakyat Malaysia boleh mencari hadiah paling sesuai untuk semua di Jualan 12.12 Lazada. Rakan jenama rasmi LazMall akan menawarkan potongan sehingga 50% bagi produk-produk mereka. Antara tawaran hebat LazMall Brand Mega Offers yang pasti menambat hati pembeli termasuk: 

  • Samsung Galaxy M32 – RM829 (Harga tersenarai asal RM1,099)
  • vivo Y31 – RM799 (Harga tersenarai asal RM999)
  • Kerusi Urut OGAWA Smart Vogue Prime – RM4,499 (Harga tersenarai asal RM13,299)
  • Mesin Kopi Merah Nespresso Inissia – RM419.3 (Harga tersenarai asal RM599)
  • Drypers Drypantz (168kpg) – RM109.9 (Harga tersenarai asal RM163.2)
  • Tablet Kunyah Redoxon Double Action – RM19 (Harga tersenarai asal RM29.3)
  • Maskara Maybelline Falsies Lash Lift – RM40.41 dan percuma 1 gincu bibir (Harga tersenarai asal RM44.9)
  • M.A.C Setting Spray – RM110 (dengan 2 hadiah percuma)
  • Kemeja Polo Ralph Lauren Custom Slim Fit Mesh Polo – RM379 (Harga tersenarai asal RM540)
  • Rantai Leher Emas Wanderlust + Co Crescent Key – RM179.1 (Harga tersenarai asal RM199)
  • Beg David Jones Paris Women – RM48.4 (Harga tersenarai asal RM210)
  • Selipar Selesa Tropika Wanita Havaianas – RM59.5 (Harga tersenarai asal RM119)

‘Chup Dulu’ Untuk Diskaun Lebih Besar bagi Tawaran Eksklusif 

Di samping segala tawaran hebat yang disediakan pada 12.12, pembeli yang bijak boleh memanfaatkan lagi ringgit mereka dengan Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada. Pelanggan boleh membuat pratempahan set hadiah bermusim eksklusif daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, M.A.C., Lancôme, Amazin’ Graze, LEGO, illycaffè, dan banyak lagi dengan membayar deposit 10% dari sekarang sehingga 11 Disember*. Pada 12 Disember mulai jam 2PG, pembeli boleh membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah*. 

Kemudahan Terkini: Gunakan Lazada Wallet untuk Bayar Semasa Terima 

Untuk memudahkan lagi pengalaman menggunakan eDagang pada Jualan 12.12 ini, Lazada Wallet kini menyediakan kemudahan pembayaran ‘on delivery’ tanpa tunai di seluruh negara. Pengguna boleh memilih alternatif digital ini dengan menetapkan ‘cash on delivery’ (bayar semasa terima) di halaman pembayaran, kemudian apabila barangan tiba, minta kod QR untuk membayar menerusi Lazada Wallet menggunakan fungsi imbas dalam aplikasi Lazada pada masa penghantaran. Pilihan pembayaran ini bukan sahaja menjamin tahap keselamatan lebih tinggi dengan mengurangkan sentuhan fizikal, tetapi juga memberikan ketenangan dan meningkatkan keyakinan pengguna. Pengguna Lazada Wallet baru juga akan menerima rebat sebanyak RM4 apabila menggunakan pembayaran Lazada Wallet ‘on delivery’ pada Jualan 12.12*.

Lazzie Hunt: Cari Kenderaan Lazada dan imbas Pelekat Lazzie untuk mendapatkan baucar diskaun sehingga RM50 dan peluang memenangi sebuah kereta Nissan Almera Turbo

Lazzie, maskot Lazada yang diminati ramai, akan menjelajah dunia fizikal sempena 12.12 Grand Year-End Sale untuk menggembirakan pengguna Lazada dengan membawakan baucar istimewa. Di seluruh negara, rakyat Malaysia boleh mencari dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt yang terpampang pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpulkan pelekat Lazzie, yang boleh ditukarkan dengan baucar diskaun seluruh platform dengan potongan sehingga RM50 dan peluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo serba baharu*. Kod QR Lazzie Hunt juga akan membuat kemunculan khas di kedai-kedai fizikal rakan-rakan jenama, termasuk Domino’s Pizza, CIMB Bank, US Pizza, Maxis, dan OYO. Untuk mula mengumpul semua pelekat Lazzie, pengguna Lazada boleh mengunjungi laman web ini:  https://lzd.co/LazzieHuntMY 

LazLive: Saksikan Siaran Ketua Pegawai Diskaun Untuk Mendapatkan Diskaun Eksklusif 

Sambil menantikan 12.12 Sale, Lazada juga akan menganjurkan satu siri siaran langsung yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Diskaun pada jam 9MLM dari 9 hingga 11 Disember menerusi saluran penstriman langsung LazLive dalam aplikasi Lazada. Ketua Pegawai Diskaun Lazada, Ain Edruce, bersama Sissy Imann dan Shaun Stephen, akan mengacarakan rancangan untuk memberi ganjaran berupa baucar eksklusif berjumlah RM30,000 kepada penonton*.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 12.12 Lazada, sila layari: https://lzd.co/MegaSale 

Unuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma 12.12 Lazada, sila kunjungi: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keriangan Sambutan Hari Krismas di RTM

Pelajar Malaysia Rampas Kemenangan Dari 65 Buah Negara Dalam 2021 ACA World Championship