Sempena bulan yang mulia ini, Lazada berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak vendor-vendor F&B, memberikan penjimatan yang lebih besar menerusi Lazada Flash Sale, dan menawarkan pilihan membeli-belah serta hiburan menerusi penstriman secara langsung LazLive bermula hari ini hingga 27 Mei 2020.
Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, berkata, “Walaupun sambutan Ramadan dan Hari Raya tahun ini mungkin berbeza, kami berharap semoga kempen Salam Mubarak kami dapat mewujudkan suasana gembira dalam kalangan rakyat Malaysia apabila membeli-belah dengan mudah dan selamat di dalam talian. Selain menyediakan diskaun serta baucar hebat, tahun ini Lazada turut menaiktaraf penawarannya secara inovatif, dengan memenuhi segala keperluan rakyat Malaysia baik dari segi selera hinggalah kepada kesihatan rohani mereka semasa tempoh yang sangat mencabar ini.”
Buat julung kalinya, Lazada memperkenalkan Selera Lazada, bagi membolehkan para pengguna membeli juadah buka puasa kegemaran mereka termasuk makanan yang baru dimasak seperti murtabak, roti john, kuih-muih Melayu serta pelbagai hidangan enak Ramadan yang menjadi kesukaan ramai. Lebih daripada lima belas pengendali makanan telah disediakan secara khusus bagi menawarkan hidangan sedia dimakan untuk memudahkan rakyat Malaysia berbuka puasa.
Kempen ini turut menampilkan empat hari istimewa untuk penganjuran Lazada Flash Sale, terutamanya Crazy Flash Sale pada 6, 13, dan 20 Mei serta kempen Mega Day pada 12 Mei 2020 dengan diskaun sehingga 90 peratus. Ianya sebagai tambahan kepada tawaran RM1.00 ke atas produk kegemaran Malaysia, serta penghantaran percuma dengan jumlah pembelian minimum RM9.90.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri dengan cara yang selamat dan lebih bermakna, Lazada akan membawakan hiburan Hari Raya ke setiap rumah menerusi LazLive, iaitu ciri-ciri penstriman secara langsung Shoppertainmentaplikasinya. Saksikan personaliti-personaliti media social termasuk Azfarheri membuat demonstrasi masakan dalam Selera Lazada pada setiap Khamis jam 10 malam, diikuti dengan sesi penstriman eksklusif Raya Bergaya yang dihoskan oleh pereka fesyen terkenal dan Ketua Editor STAIL.MY, Azreezal Hafidz pada 11, 13, 15 dan 17 Mei 2020. Didayakan oleh ciri see-now-buy-now LazLive, para pelanggan boleh menikmati kemudahan untuk membeli produk-produk yang berkaitan sambil menonton sesi penstriman secara langsung.
Pada 12 Mei, Lazada Salam Mubarak akan menyediakan tawaran dan baucar serta koleksi terbaru produk-produk daripada pelbagai kategori berasaskan kepada tema-tema yang berbeza di bawah:
Raya Bergaya: Pada harga berpatutan, anda tetap boleh bergaya dengan koleksi terkini baju Melayu, busana Muslimah, kasut serta aksesori.
Sihat Berseri: Utamakan penjagaan diri pada Ramadan ini dengan jaminan harga terendah untuk produk kebersihan, topeng muka, peralatan senaman, produk penjagaan kulit, dan nutrisi tambahan.
Hiburan Raya: Dengan pelbagai tawaran menakjubkan, semarakkan sambutan Raya normal baharu ini bersama seisi keluarga dengan alat elektronik, alatan mainan, hiasan rumah, dan barangan peralatan dapur dan nikmati ekstra penjimatan semasa anda berbelanja di keselesaan rumah anda.
Mulai pada 8 hingga 11 Mei 2020, para pengguna turut berpeluang untuk memenangi ganjaran Lazada Wallet Heartbeat bernilai sehingga RM77,000 dengan hanya menambah nilai Lazada Wallet mereka, selain daripada menerima pulangan tunai segera berjumlah sehingga RM15.