Layla yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia ini telah melancarkan single keduanya yang berjudul Lakaran pada tahun 2020 selepas kejayaan single pertamanya yang berjudul Que Sera Sera.
Layla amat berharap untuk memiliki sebuah single di dalam bahasa Mandarin dan berhasrat untuk menambat hati peminatnya yang tersendiri. Kini, Layla telah mengorak langkah untuk mencapai impiannya dengan melancarkan lagu “BY YOUR SIDE”. “Ini adalah single pertama saya di dalam Bahasa Mandarin. Saya amat teruja dan pada masa yang sama saya juga terharu kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat menerusi lagu terbaru saya ini”, jelas Layla Sania.
“BY YOUR SIDE” ditulis oleh Joshua Goh dan Rolan Lim manakala disusun oleh Danning Z. Single ini memberi semangat kepada pendengar untuk terus mencapai impian dan tetap mengharungi hidup bersama yang tersayang. Lagu “BY YOUR SIDE” ini juga bakal membuatkan para pendengar berasa tenang dan dekat di hati apabila mendengarnya.
Apabila ditanya tentang cabaran dalam penghasilan lagu ini, Layla berkata,
“Untuk menyebut setiap ayat dan perkataan dengan betul adalah perkara yang paling sukar bagi saya. Bercakap dan menyanyi dalam Bahasa mandarin adalah dua perkara yang berbeza.
Saya amat lancar untuk bercakap di dalam Bahasa Mandarin, tetapi apabila menyanyi, saya perlu pastikan sebutannya betul.
Layla banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan mengasah sebutan perkataan di dalam Bahasa Mandarin menerusi lagu ini. Saya amat bersyukur kerana ramai orang yang membantu saya dalam menjayakan lagu ini”.
– Layla Sania
Untuk video muzik rasmi “BY YOUR SIDE”, Uriah See merupakan pelakon utama dan ini adalah kali pertama Uriah dan Layla bekerjasama. “Kali pertama saya berjumpa Uriah, beliau adalah seorang yang peramah. Saya amat berbesar hati dengan penglibatan Uriah di dalam video muzik BY YOUR SIDE ini”, jelas Layla.
“BY YOUR SIDE” diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 22 JANUARI 2021.