PELANGGAN MAXIS DAPAT MELAYARI INTERNET SEHINGGA ENAM KALI LEBIH LAJU DENGAN PELAYAR MUDAH ALIH MAXIS OPERA MINI YANG TELAH DIREKA KHAS
Rakyat Malaysia menerima akses Internet yang meluas, optimum sarat dengan pelbagai ciri dari berbilang jenis peralatan mudah alih
Maxis Berhad (‘Maxis’), peneraju penyedia komunikasi bersepadu Malaysia, bersama Opera Software (‘Opera’), telah bekerjasama untuk memperkenalkan sebuah pengalaman pelayaran Internet mudah alih yang asli kepada 13.9 juta rakyat Malaysia yang merupakan pelanggan Maxis. Pelayar Opera Mini terkenal dengan pelayaran Internet pintarnya, yang menawarkan akses Internet yang lebih pantas dengan harga yang berpatutan di dalam pelbagai peralatan mudah alih termasuk tablet, bagi semua platform termasuk Java, BlackBerry, iPhone, Windows Mobile dan Symbian/S60.
Mulai 27 Mei, para pelanggan Maxis berpeluang menikmati kesemua kemudahan-kemudahan pelayaran internet mudah alih Opera, seperti keupayaan melayari Internet sehingga enam kali ganda lebih pantas dari pelayar asli* digabungkan dengan akses mudah dan bersepadu kepada pelbagai kandungan mudah alih serta ekosistem perkhidmatan di dalam portal WAP Maxis – kesemuanya disalurkan melalui rangkaian 3G Maxis yang merangkumi lebih 5,000 kawasan merentasi Timur dan Semenanjung Malaysia.
Jean-Pascal van Overbeke, Ketua Pegawai Operasi Maxis berkata, “Kami amat gembira dan bangga kerana dapat memperkenalkan pelayar Opera Mini Maxis dalam usaha meningkatkan serta memperkayakan pengalaman rakyat Malaysia dan Maxis dalam dunia dalam talian dari apa jua peralatan dan skrin, di mana-mana sahaja. Pelancaran ini melambangkan penawaran pelbagai kandungan serta perkhidmatan relevan dari Maxis yang sentiasa berkembang, digabungkan lagi dengan sebuah versi pelayar Opera Mini yang unik dan boleh dinikmati secara maksimum oleh setiap pelanggan Maxis, melalui pelbagai pilihan peralatan dan telefon bimbit. Ini juga turut menjadi pemangkin kepada Maxis dalam mencapai matlamatnya untuk menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia merentasi lebih banyak titik sentuh Internet yang interaktif, menerusi kerjasama yang membawa nilai sebenar dan innovasi.”
T. Kugan, Naib Presiden dan Ketua Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis menambah, “Kini, terdapat lebih 7.2 juta pelanggan Maxis yang dapat mengakses perkhidmatan Internet mudah alih. Justeru, ini hanya akan memperkuatkan lagi komitmen kami dalam menyediakan akses internet yang lebih meluas kepada kesemua pihak, dalam usaha kami untuk menyediakan peluang yang sama rata kepada semua. Pelayar Opera Mini dari Maxis ini akan membuka kepada penglibatan telefon bimbit yang lebih aktif di dalam Internet, dan juga kepada cara-cara yang lebih baik untuk menikmati pelbagai kategori kandungan yang diperkayai; seperti yang telah diketengahkan di dalam portal destinasi MYLAUNCHPAD yang dilancarkan oleh Maxis baru-baru ini. Sebagai sebahagian daripada komitmen Maxis dalam menjadi pengupaya kepada setiap lapisan masyarakat, bermula 27 Mei, para pelanggan Maxis boleh mula memuat turun pelayar Opera Mini Maxis ini secara percuma.”
Menurut laporan Keadaan Semasa Internet Mudah Alih Opera, secara purata, setiap pengguna Opera Mini di Malaysia telah melayari kira-kira 588 laman web pada Januari 2011. Dengan pelan data Maxis yang bermula dari RM3 untuk seminggu, bersama teknologi Opera Mini yang berupaya memampatkan laman web sehingga 90% dari saiz asal untuk memaksimumkan kebolehan melayari internet di bawah suatu pelan data, ia dijangkakan bahawa penggunaan Opera Mini di Malaysia akan mengalami peningkatan yang pesat.
“Menyediakan internet berdasarkan kesukaan dan keutamaan para pelanggan merupakan antara misi utama kami. Kerjasama bersama Opera ini membolehkan Maxis membantu lebih banyak pelanggannya untuk menikmati pengalaman pelayaran Internet yang terpantas, terkaya dengan ciri-ciri serta termurah berbanding perkhidmatan Internet mudah alih lain,” menurut Lars Boilesen, Ketua Pegawai Eksekutif Opera. “Para pelanggan Maxis berupaya untuk sentiasa berada dalam talian dengan mudah menggunakan pelayar Opera Mini, bagi melanjutkan keupayaan mereka untuk melayari internet dari komputer ke peralatan mudah alih mereka. Justeru, kami mempertimbangkan untuk menyediakan akses internet kepada berjuta-juta individu yang seterusnya menerusi peralatan mudah alih mereka, sebagai suatu bentuk matlamat yang ingin direalisasikan. Dengan lebih 100 juta pengguna di serata dunia, kami boleh memberikan jaminan ke atas kualiti, keselamatan serta nilai Opera Mini yang amat bermakna kepada para pengguna.”
Mulai 27 Mei, pelanggan Maxis boleh melayari m.opera.com bagi memuat turun Opera Mini Maxis 4.3 atau 6, iaitu versi-versi yang terkini, di atas talian (over-the-air) secara percuma atau SMS “Opera” ke 26000 untuk menerima alamat pautan langsung untuk memuat turun. Antara ciri-ciri terkenal Opera Mini adalah keupayaan untuk melayari laman web HTML melalui skrin peralatan mudah alih atau telefon bimbit, kadar muat turun yang lebih pantas hasil teknologi mampatan laman web Opera, reka bentuk penggunaan yang direka untuk kedua-dua alat mudah alih bersifat papan kekunci dan skrin sentuh, keupayaan untuk menetapkan kekunci pintas bagi laman-laman yang sering dilayari, di samping penggunaan papan kekunci virtual Opera yang disediakan. Pelayar Opera Mini Maxis juga menambah pelbagai keupayaan baru seperti toolbar perkhidmatan yang diintegrasi bersama ekosistem pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan inovasi Maxis, di samping membolehkan para pengguna menguruskan akaun mereka dengan lebih mudah dan efisyen. Pada masa hadapan, Opera Mini Maxis akan terus dinaiktaraf dan diintegrasi bersama pelbagai Perkhidmatan Kehidupan Maxis dalam memperkayakan kandungan-kandungan mudah alih untuk para pelanggan Maxis.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelayar mudah alih Opera Mini Maxis ataupun untuk maklumat sepenuhnya mengenai pelan-pelan data Maxis, layari maxis.com.my/personal/mobile/browse_search/index.asp. Untuk memuat turun pelayar mudah alih Opera Mini Maxis, SMS “Opera” ke 26000.
*Menurut ujian yang dijalankan oleh Opera Labs pada 2010, dalam perbandingan prestasi pelayar Opera Mini dengan pelayar asli, di dalam telefon bimbit yang sama.
Mengenai Opera Software ASA
Opera Software ASA telah mencipta kembali semak imbas web untuk PC, telefon mudah alih dan peranti dirangkaikan yang lain. Teknologi penyemak imbas web merentasi platform Opera diiktiraf untuk prestasinya, pematuhan standard dan saiznya yang kecil, di samping memberikan pengguna pengalaman dalam talian yang lebih laju, lebih selamat dan lebih dinamik. Opera Software beribu pejabat di Oslo, Norway, dengan pejabat di seluruh dunia.
Syarikat disenaraikan di Oslo Stock Exchange di bawah simbol pita OPERA.
Ketahui lebih lanjut mengenai Opera di http://www.opera.com.