Lagi sekali isu etika kewartawanan dijadikan topik utama perbualan. Bagi Budiey, memang susah nak jadi media di negara kita. Sebenarnya, jadi wartawan kat mana-mana pun memang susah gak kalau segala benda yang kita tulis tak betul di persepsi orang lain. Buat ini tak betul, buat itu tak betul. Lapor ini tak betul, lapor ini tak betul. Kalau puji pun salah, kalau kutuk pun salah.
Sidang media tergempar yang diadakan oleh syarikat Ashraf Sinclair, Beyond DDB Sdn Bhd tentang dakwaan ‘Melodi manipulasi fakta’ ketika majlis resepsi perkahwinannya dan Bunga Citra Lestari berlangsung dalam suasana tenang pada awalnya. Tetapi keadaan bertukar rupa sebaik kedatangan krew ‘Melodi’ di Bukit Damansara, jam 11.30 pagi tadi.
Biarpun sidang media itu berlangsung tanpa kelibat pengantin baru, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, namun, pengurus Beyond DDB, Amin Hussen berjaya menerangkan keadaan sebenar dan memberi gambaran tepat apa yang terjadi pada majlis resepsi perkahwinan Ashraf dan Bunga, di Hotel Saujana, Subang Jumaat lalu.
Difahamkan apa yang dipaparkan dalam Melodi semalam menggambarkan seolah-olah Bunga ‘tidak selesa’ dengan wartawan di negara ini. Lebih memburukkan keadaan seorang wartawan hiburan sebuah akhbar tabloid, digambarkan ‘ada masalah’ dengan layanan kedua mempelai sedangkan situasi tersebut berlaku disebabkan perkara lain.
Dalam laporan tersebut, majlis perkahwinan Ashraf dan Bunga digambarkan sedikit tercela apabila wartawan di negara ini digambarkan seperti diberi layanan ‘kelas kedua’. Difahamkan wartawan-wartawan sudah menunggu lama untuk menemuramah pasangan pengantin baru namun kerana kesuntukan masa kedua mempelai tidak dapat memenuhi kehendak krew terbitan TV3, Melodi dan Nona yang mahukan ‘ekslusif’ interview bersama Ashraf-Bunga.
Perkara tersebut dikatakan menjadi titik tolak kepada laporan yang dikatakan tidak beretika dalam siaran Melodi semalam. Dalam rancangan itu, Bunga digambarkan seperti tidak suka dan mahu marah apabila diajukan soalan mengenai berita kehamilannya yang menjadi sebab mereka bernikah awal.
Menurut Amin, Bunga agak tertekan apabila keluarganya terpaksa meninggalkan majlis tersebut awal untuk pulang ke hotel penginapan. Perkara tersebut telah mengganggu emosi Bunga hingga mengakibatkan berlaku pertikaman lidah. Namun Melodi menggambarkan Bunga seperti tidak suka dengan media di negara ini.
Lebih memburukkan keadaan, disiarkan visual wartawan hiburan sebuah akhbar tabloid yang kononnya tidak puas hati dengan layanan pasangan pengantin baru itu. Namun wartawan hiburan tersebut yang turut hadir dalam sidang media berkenaan menerangkan apa sebenarnya yang terjadi ketika itu.
“Saya malu dan sedih bila digambarkan sedemikian. Saya digambarkan macam orang gila. Hakikatnya bukan macam itu. Saya nak memudahkan kerja wartawan-wartawan yang lain sebab itu saya ajak semua dalam satu sidang media. Kita kena faham ini majlis kahwin. Kita perlu hormat apa yang penganjur dah sediakan untuk kita. Saya geram sangat kenapa saya digambarkan seperti itu sedangkan itu bukan hakikat sebenar yang terjadi,†kata wartawan itu.
Pertikaman lidah turut berlaku di antara Amin Hussen dan krew Melodi selepas itu. Walaupun suasana sedikit tegang tapi masih dalam keadaan terkawal dan berhemah. Kedua-dua belah pihak melahirkan apa yang mereka rasa mengenai laporan yang disiarkan dalam Melodi semalam.
Menurut Amin, pihak pengurusan dan kedua mempelai kesal dengan laporan yang tidak tepat.
“Bukan sahaja kami kecewa, tapi kedua-dua pengantin juga kecewa dengan apa yang telah disiarkan,†kata Amin.
Tegas beliau, sidang media tersebut diadakan untuk menerangkan keadaan sebenar yang terjadi dan bukannya meminta pihak Melodi memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
“Ingin saya tegaskan di sidang media ini, kami hanya ingin menerangkan keadaan sebenar dan tidak mengharapkan pihak Melodi memohon maaf. Cuma kami sangat kesal dengan apa yang telah dilaporkan semalam. Kami melayan media dengan baik, tapi mereka (Melodi) memaparkan perkara yang sebaliknya,†katanya.
Menurut Amin, sehingga kini pihaknya belum lagi mengambil sebarang tindakan berhubung perkara tersebut dan mereka menyerahkan kepada pihak penerbitan Melodi untuk menjernihkan keadaan.
“Kami tidak bercadang membesarkan isu ini. Apa yang diharapkan pihak Melodi melihat kembali dan cuba betulkan kesalahan fakta seperti yang dilaporkan itu. Kami faham tugas wartawan namun kita perlu mengetahui apa yang sebenarnya terjadi sebelum membuat laporan sedemikian,â€kata Amin.
Dalam pada itu, difahamkan, pihak Melodi yang diketuai penerbitnya Nas Ahmad, wartawan Michelle yang membuat liputan ketika perkahwinan Ashraf, tetap dengan pendirian mereka menyiarkan laporan tersebut berdasarkan fakta dan apa yang terjadi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa niat ketika menyunting laporan berkenaan. Apa yang penting saya cuba melaporkan apa yang terjadi ketika itu (majlis Ashraf-Bunga),†kata Michelle.
Jelasnya, apa yang disiarkan itu telah dimaklumkan kepada pihak atasan dan mereka meluluskannya. Apabila mereka beri kebenaran jadi saya siarkan,†katanya. – mstaronline