Seminggu yang lalu, Budiey dipanggil untuk turut sama mengikuti rombongan media ke Pulau Pinang bagi melawat lokasi pengambaran filem Rentaz, sebuah filem seram yang benar-benar seram katanya, arahan dan hasil karya terbaru dari pengarah tersohor dari sutradara Mamat Khalid. Budiey dengar, sebelum ni tajuk untuk filem ni adalah Lebuhraya Ke Neraka tapi mungkin sebab tajuk dia nampak ganas sangat kot, Mamat Khalid tukar kepada Rentaz.
Apa maksud Rentaz? Filem ni tentang apa? Siapa pelakonnya? Budiey pun tak berani nak cakap apa lagi. Jap lagi semua tu dapat ketahui sejurus selepas Budiey sampai di lokasi pengambaran filem Rentaz yang dengar khabarnya sedang dijalankan di Prangin Mall, Pulau Pinang.
Difahamkan juga, hari ini adalah hari terakhir pengambaran filem ni.
Itulah, ingat ke minggu pertama selepas raya ni bolehlah berehat sikit. Tapi tak sampai seminggu pun balik dari cuti raya, terus kena out-station. Sebab utama Budiey menyahut jemputan ini adalah kerana filem ini dibuat oleh Mamat Khalid, dan ini merupakan kali ke-3 Budiey ikut sama buat liputan. Sebelum ini, Budiey pernah ke set filem Estet dan Rock Ooo di Perak.
Jam 9 pagi, Budiey bertolak ke Sri Pentas. Kat sana, lepak dengan Nani dari Portal Gua yang turut sama ikut rombongan. Katanya, memang kebetulan esok juga ada majlis nikah pelakon Faezah Ilai di Pulau Pinang. Jadi, boleh buat sekali harung terus. Budiey tak dijemput ke majlis nikah Faezah Ilai, jadi pagi esok lepas sarapan terus pulang ke KL sebab petang tu ada open house dan satu pelancaran album esok.
Selepas sarapan, terus bertolak ke NSTP untuk pick up wartawan dari Berita Harian & Harian Metro. Melalui diorang la, Budiey dapat tahu yang berita tentang Marsha pengsam sebab telan pil tu bukannya satu gimik tapi ia betul-betul berlaku. Sebab tak silap la, masa berita ni disiarkan di Berita Harian mengatakan berita ni hanya gimik sahaja. Mmm… macam-macam la pulak.
Dengan fotografer GUA yang baru sahaja menimang anak pertama
Singgah sekejap kat R&R Sungai Buloh. Lepak-lepak dengan geng GUA TV.
Singgah makan tengahari kat R&R Tapah. Ingat nak makan jambu special tu, tapi takde la pulak.