in ,

Lavender Holidays Umum Kolaborasi Strategik dan Lancarkan Pakej Umrah & Haji 2025

Pengalaman Ibadah Lebih Sempurna dengan Tawaran Eksklusif LHM untuk 2025. Kini Kolaborasi Strategik Bersama Nama-Nama Terkenal. Baca Artikel Ini Untuk Info selanjutnya.

Lavender Holidays & Management Sdn Bhd (“LHM”) terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam sektor pelancongan muslim di Malaysia dengan pelancaran pakej umrah dan haji eksklusif untuk tahun 2025. Acara ini berlangsung meriah di Putrajaya pada 30 Disember 2024 dan menyaksikan pengumuman beberapa kerjasama strategik baharu yang menjanjikan pengalaman ibadah yang lebih menyeluruh dan sempurna.

Majlis pelancaran ini turut disertai oleh penandatanganan perjanjian dengan rakan kongsi strategik seperti Ustazah Yong Lynna James Al-Almaniy, seorang figura popular dalam kalangan peminat pelancongan muslim, serta syarikat terkemuka seperti Fotia Biotech dan Rasa Suri. Langkah ini mengukuhkan komitmen LHM dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan serba lengkap kepada pelanggan.

Lavender Holidays

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHM, Hajah Norlelawati Abdul Razak, industri pelancongan muslim semakin berkembang pesat dan menjadi komponen penting ekonomi negara. Beliau menegaskan bahawa LHM berpegang teguh kepada slogan syarikat, iaitu ‘Dari Satu Kembara, Menjadi Satu Keluarga’. Matlamatnya adalah untuk menyediakan pengalaman perjalanan ibadah yang lebih bermakna dan memberi ketenangan jiwa kepada setiap pelanggan.

Peranan Malaysia dalam Pelancongan Muslim

Malaysia berpotensi menjadi pusat rujukan global dalam sektor pelancongan muslim, dan LHM memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi ini. Kerjasama strategik yang dijalinkan membuktikan dedikasi syarikat ini untuk memperluaskan rangkaian serta meningkatkan mutu perkhidmatan. Dengan jaringan yang luas dan sokongan kukuh, pelanggan dijanjikan pengalaman ibadah yang lancar dan bebas kesulitan, insya-Allah.

Lavender Holidays

Reputasi Kukuh Sejak 2003

Sejak penubuhannya pada tahun 2003, LHM telah membina reputasi sebagai nama yang dipercayai dalam industri ini. LHM bukan sekadar menawarkan logistik perjalanan, tetapi juga pakej umrah dan haji yang holistik, lengkap dengan elemen spiritual untuk memenuhi keperluan rohaniah pelanggan. Perkhidmatan LHM meliputi pengurusan visa, insurans ibadah, korban dan akikah, serta penghantaran kargo. Segala perincian dirancang rapi untuk memastikan setiap perjalanan berjalan lancar.

Lavender Holidays

Pakej Istimewa 2025

Sempena tahun 2025, LHM memperkenalkan beberapa pakej istimewa yang disesuaikan mengikut keperluan individu dan kumpulan:

  • Pakej Umrah Government: Ditawarkan khas untuk kakitangan dan pesara kerajaan.
  • Pakej Umrah Dialisis: Direka untuk pesakit yang memerlukan rawatan dialisis sepanjang perjalanan.
  • Pakej Umrah Muslimah: Fokus kepada jemaah wanita dengan bimbingan khusus.
  • Pakej Umrah Damai Jiwa: Untuk mereka yang inginkan ketenangan dan motivasi rohani.
  • Pakej Umrah Ziarah dan Tadabbur Alam: Pengembaraan spiritual dengan elemen penghayatan alam.
  • Pakej Umrah Backpackers DIY: Untuk mereka yang inginkan perjalanan bajet dengan kebebasan.

Jaringan Global yang Kukuh

Kehebatan LHM terletak pada jaringan globalnya yang merangkumi rakan kongsi di Arab Saudi, Vietnam, Jepun, Korea, Indonesia, United Kingdom dan negara Eropah lain. Kerjasama ini memastikan jemaah mendapat sokongan profesional dan perkhidmatan berkualiti tinggi di mana sahaja mereka berada.

Lavender Holidays

Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial

Selain pelancongan, LHM turut terlibat dalam perniagaan import produk sejuk beku dari Norway dan Iceland, pengurusan produk OEM (pengilang peralatan asal), serta pajakan bilik hotel di tanah suci. LHM juga aktif dalam misi kemanusiaan dan program infaq.

Antara pencapaian yang membanggakan adalah usaha membawa pulang ribuan pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir, Maghribi, Papua New Guinea, Yaman dan Rusia semasa pandemik Covid-19 dengan kerjasama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia. Misi ini membuktikan komitmen LHM dalam mengutamakan kebajikan masyarakat.

Lavender Holidays

Komuniti Alumni yang Aktif

Sehingga kini, hampir 3,000 jemaah telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar alumni LHM. Komuniti ini kekal rapat dan saling berhubung melalui acara tahunan Jalinan Kasih yang dianjurkan oleh LHM. Aktiviti ini bertujuan mempereratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan semangat kekeluargaan.

Apa Kata Budiey?

Melihat kepada usaha dan komitmen LHM, jelas bahawa syarikat ini tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi turut berusaha memberikan impak positif kepada masyarakat. Dengan pakej umrah dan haji yang menyeluruh serta perkhidmatan kelas pertama, LHM telah membuktikan bahawa mereka adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari pengalaman ibadah yang sempurna dan penuh makna.

Bagi anda yang merancang untuk menunaikan umrah atau haji pada tahun 2025, LHM pastinya pilihan yang harus dipertimbangkan. Kombinasi perkhidmatan profesional, bimbingan spiritual yang berkualiti, dan sokongan sepanjang perjalanan membuatkan pengalaman ibadah anda lebih indah dan tidak dapat dilupakan. Jadi, jika anda mencari pakej yang mesra bajet tetapi lengkap dan selesa, LHM adalah destinasi perancangan ibadah anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pembukaan Semula Time Zone di Ampang & Lancar ICE Smart 3.0 Yang Elegan