Laudya Cynthia Bella menerusi program Insert saluran Trans TV, Indonesia pada Rabu berkata, keputusan untuk berpisah telah dipersetujui secara sepakat kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.
“Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.
“Sudah pelbagai usaha kami lakukan yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT. Rumah tangga kami hanya sampai di sini.
Segala proses kami juga lalui dan saat ini semuanya sudah selesai.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya peroleh.
Insya-Allah semua itu saya jadikan bekalan, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,”
– Laudya Cynthia Bella
Laudya berharap penjelasan itu dapat menjawab pertanyaan yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan ramai selama ini.
Dia juga meminta sokongan semua agar dia dapat terus kuat menjalani kehidupan sehariannya.
Biarpun berdepan dengan pengalaman pahit, bintang filem Surga Tak Dirindukan ini reda dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.
Dia juga percaya, apa yang berlaku dalam kehidupannya itu mempunyai hikmah tersembunyi.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.
“Insyaallah hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini boleh saya jadikan bekal, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang Insyaallah jauh lebih baik lagi,”
– Laudya Cynthia Bella
Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Selepas sah menjadi isteri Engku Emran, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.
Hubungan pasangan ini menjadi perhatian sejak Oktober tahun lalu apabila Laudya membuang semua foto bersama suaminya di laman sosial Instagram.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan Engku Aleesya hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Erra Fazira.