Dikenali dengan rekaan sofistikated dan feminin, koleksi tersebut menampilkan dress busana wanita dan pelitup muka berpadanan dicipta khas untuk mereka yang bercitarasa tinggi.
Menurut Zura Zabidi, pengasas jenama LARNEY, “Kami membawakan tiga rekaan dress kain berlipat (pleated dress) dalam seleksi 12 warna yang hebat. Rekaan tersebut masing-masing dinamakan Miss Liberty, Miss Independent dan Miss Democracy. Ianya boleh dipakai terus ataupun dipadankan dengan apa sahaja item lain dari koleksi peribadi si pemakai agar bertepatan dengan gayahidup dan juga stail individu tersebut. Bagi warna-warna yang dipilih pula, ianya terdiri dari tona dramatik seperti emerald, fuchsia pink dan maroon, sehinggalah ke warna-warna tanah dan monokromatik seperti rust brown, krim dan hitam.
Kami sengaja memberikan pilihan warna yang pelbagai agar ia dapat memberikan variasi di pasaran. Dengan situasi ekonomi ketika ini, konsumer lebih berhati-hati ketika berbelanja dan adalah menjadi objektif LARNEY untuk memastikan agar setiap pembelian klien dan peminat jenama ini adalah pembelian yang terbaikâ€.
Koleksi THE REVIVED PLEATS dilancarkan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut pada 31 Ogos dan 16 September setiap tahun.
“Tempoh hampir dua tahun ini amat sukar bagi kebanyakan penduduk dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Dengan menggabungkan DNA jenama LARNEY yang dibina atas rekaan yang sentiasa segar dan vibran, ketabahan negara dan kekuatan serta kesabaran rakyatnya, koleksi ini bolehlah dikatakan sebagai mewakili semangat patriotik terhadap negara Malaysia yang amat dicintai.
Lebih-lebih lagi, September sering dikatakan sebagai bulan permulaan kalendar fesyen dunia. Saya beranggapan bahawa ianya adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeluarkan koleksi iniâ€,
– Zura
Menggunakan kain premium jenis berlipat yang dikenali sebagai pleats dengan kerjatangan yang begitu teliti, Zura percaya bahawa THE REVIVED PLEATS akan diterima baik oleh peminat fesyen negara terutama wanita yang mementingkan penampilan ringkas, selesa namun penuh bergaya.
“Kami telah membuat beberapa penambahbaikan kepada perincian pleats yang digunakan dan kesemuanya dihasilkan kemas oleh pasukan tukang jahit LARNEY seramai 13 orang kesemuanya. Dress dan pelitup muka dijual berasingan.
Dinamakan Freedom Pleated Face Mask, kami menghasilkan tiga rekaan dengan pilihan normal ear loops atau head loops yang sesuai untuk kalangan hijabi atau bertudung.
Walaupun pelitup muka dari koleksi ini adalah berpadanan warna dengan dress yang kami hasilkan, pelitup muka ini adalah juga sesuai digunakan oleh lelaki. Harapan saya agar para peminat fesyen di luar sana dapat memberikan sokongan kepada LARNEY dan terima kasih atas segalanya,â€
– Zura
Dengan harga mampu milik bermula dari RM229 sehingga RM289 untuk pilihan dress dan RM39 sehingga RM45 untuk pelitup muka, helaian hebat dari koleksi ini boleh didapatkan dari laman sesawang LARNEY iaitu www.larney.com.my .
Buat mereka yang inginkan pengalaman yang lebih fizikal (dengan patuhan SOP), anda bolehlah mengunjungi butik galeri LARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall. Untuk berita terkini dan promosi, ikuti perkembangan LARNEY di Instagram dan Facebook – @larneyofficial
#LARNEYPLEATS